MH370: Petunjuk Baru Menguatkan Lagi Human Interference (Perbuatan Disengaja) - Kapten Nik
Petunjuk Baru menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja) - Kapten Nik
KUALA LUMPUR - 30/3/2014: Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.
Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.
Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.
“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.
Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.
Klik sini untuk mendengar penjelasan Kapten Nik: ‘Pesawat dikendali sepenuhnya’
Kapten Nik: Maklumat baru bercanggah dengan maklumat terdahulu
Kapten Nik: Maklumat baru bercanggah dengan maklumat terdahulu
“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan. - Awani
0 comments:
Post a Comment