Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



5 Wanita Yang Anda Akan Benci

Gambar Hiasan


Dalam kehidupan, bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. Malah ia sesuatu yang mustahil dilakukan. Biar bagaimana anda cuba sekalipun, mesti lima orang berikut mudah menyakitkan hati anda.

Ibu mertua

Pernah tonton Monster In Law, filem lakonan Jane Fonda dan Jennifer Lopez yang tidak berjaya dicalonkan untuk anugerah Oscar? Ya, filem berkaitan ibu mertua dari neraka yang serba-serbi tidak kena. Sekiranya suami anda anak lelaki tunggal, lagilah seksa hendak berbaik dengan ibu mertua. Ibu mertua pasti kritik segalanya tentang anda, masak tak cukup sedap, muka tak cukup cantik, kiranya semua tak padanlah dengan anak lelaki dia. Wajarkah benci ibu mertua? Wajar kalau dia menyeksa hidup anda.

Bos wanita

Ingat lagi filem Devil Wears Prada, sebuah lagi filem lakonan Anne Hathaway yang tidak juga terima pencalonan Oscar. Filem ini berkaitan bos wanita dari neraka yang hanya tahu menyusahkan hidup watak Anne Hathaway. Filem tersebut membayangkan stereotype terbaik setiap bos wanita: cerewet, tahu mengarah sahaja, ikut mood, meminta deadline pada waktu akhir atau last minute, pentingkan paras rupa dan telefon pada waktu selepas pejabat kerana waktu bekerja anda harus ikut waktu beliau. Wajar benci? Ya kalau hidup anda terseksa.

Bekas teman wanita si dia

Sekiranya teman lelaki anda sekacak pelakon terbaik Oscars, Matthew McConaughey, memang wajar anda rasa cemburu dengan bekas teman wanita beliau. Mengapa? Bukankah itu cinta pertama beliau. Pelbagai kenangan dirasa dan ditempuh bersama. Tidak mustahil jika mudah si dia pulang ke pangkuan bekas teman wanita.

Si Gadis Cantik di sekolah/pejabat

The Hot Girl atau si gadis cun memang sentiasa menjadi bahan benci wanita sekitar beliau. Baru berusia 20an, muda lagi, bergetah, kulit putih melepak macam pelakon pencalonan Oscars, Jennifer Lawrence, badan kurus pakai apa pun cantik dan sentiasa menjadi bahan tumpuan jejaka. Dalam hati sering terdetik alangkah seronoknya kalau dapat cantik macam itu. Kalau yang keji sikit pasti terdetik dalam hati, alangkah baiknya kalau perempuan cantik itu terlibat dalam kemalangan kereta dan calar wajahnya.

Isteri baru bekas suami anda

Ha, yang ini memang tidak dapat dielakkan. Tambah lagi kalau bekas suami kahwin dengan perempuan muda. Senang kata, perempuan muda dan perempuan tua tidak boleh ngam biar apapun situasi diberi.


4 comments:

x elok benci mak mentua.. hehehe

5 March 2014 at 18:46 comment-delete

oic, kira macam wanita yg dibenci wanita la ni....

5 March 2014 at 22:28 comment-delete

Satu lagi boss wanita dalam cerita The Proposal tu hihihih <3
Best lah post ni kak idaa :D Gelak je qila baca hehehehe <3
Betul lahtu. Lagi lagi tang mak mentua. Eh. Hihihi

5 March 2014 at 23:06 comment-delete

betul tu.. paling benci wanita perampas..

7 March 2014 at 09:06 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ