Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MyKad: Denda Sehingga RM 200 Jika Lambat Tukar MyKad

Singapura Disenarai Bandar Paling Mahal Di Dunia


KUALA LUMPUR – Ibu bapa perlu mempunyai kesedaran untuk memastikan setiap anak mereka yang mencapai usia 12 tahun memiliki kad pengenalan atau MyKad.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL) Norehan Abdullah berkata masih ramai ibu bapa tidak serius dan sering melengah-lengahkan kewajipan permohonan MyKad anak-anak mereka sehingga menyebabkan mereka didenda.

“JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) juga menyeru ibu bapa yang mempunyai anak yang telah mencapai umur 18 tahun supaya mendaftarkan semula MyKad mereka bagi tujuan penggantian MyKad baharu,” katanya.

MyKad perlu dijaga seperti sebahagian nyawa seseorang kerana ia boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab jika kehilangannya, katanya kepada pemberita pada Program My12 dan My18 JPN peringkat Wilayah Persekutuan di pejabat Norlina Alawi (M) Sdn Bhd di Kampung Cheras Baru, di sini hari ini.

Program tanggungjawab sosial korporat JPN itu bertujuan menyampaikan maklumat dan memberikan perkhidmatan pendaftaran kad pengenalan kepada warganegara Malaysia yang berumur 12 hingga 18 tahun khususnya di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.

Pada program itu, lima orang anak angkat berusia 13 tahun kepada usahawan dan pengendali rumah kebajikan Norlina Alawi, mendaftar permohonan MyKad menerusi Unit Mobil JPNWPKL.

Sementara itu, Norlina, 43, yang mempunyai tujuh orang anak kandung dan 32 anak angkat yang sah berumur antara setahun hingga 23 tahun, berkata inisiatif JPN perlu dipuji kerana mencerminkan keprihatinan mereka terhadap masyarakat yang sukar melaksanakan proses pendaftaran MyKad.

“Sebagai seorang ibu dan usahawan, saya begitu terharu kerana JPN sudi membantu keluarga besar saya ini sekali gus dapat meringankan beban saya untuk pergi ke pejabat JPN,” katanya. – Bernama


Kadar denda yang akan dikenakan jika lewat tukar Mykad - Sumber www.jpn.gov.my

Singapura Disenarai Bandar Paling Mahal Di Dunia




2 comments:

alamak..dah kna tukar nie..:)

6 March 2014 at 11:23 comment-delete

boleh tahan dendanya.. lebih baik segera tukar kalau tak nak kena denda..

7 March 2014 at 09:02 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ