Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kekasih Suaminya Seorang LELAKI!!

Kekasih Suaminya Seorang LELAKI

Di adaptasi dari kisah benar

Sepanjang bercinta dan berumah tangga hubungan suami dan isteri ni langsung tiada masalah. Mereka tidak kaya tapi cukup makan dan pakai. Anak-anak semua cukup kelengkapan. Tiada rungutan dan sungutan dari anak, isteri mahupun suami. Pendek kata Happy Famili.

Rupanya didalam senyuman dan kelembutan si isteri rupanya menyimpan satu rahsia. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang di alami si isteri. Dugaan datang Semasa mengandungkan anak yang ketiga. Si isteri melihat suaminya bermesra dengan seorang wanita lain di rumah mereka. Walaupun hanya ringan-ringan tapi cukup mengecewakannya. Si isteri beristifar panjang mujur anak-anak tiada. Si suami diam seribu bahasa tiada ungkapan maaf mahupun penjelasan dari si suami dan pasangan.

Selepas seminggu peristiwa berlalu. Si isteri nekad untuk membenarkan suaminya memperisterikan pasangannya. Si suami tak sangka si isteri sanggup bermadu. Gembira bukan kepalang. Namun, ada berita yang lebih menduga keimanannya bila si suami memberitahu bahawa pasangannya adalah seorang LELAKI!!!

Kerana terlalu memikirkan masalah suaminya kandungannya terjejas dan mengalami keguguran. Dia tidak faham suaminya berpendidikan tinggi, solat puasa tak tinggal walau bukan ustaz tapi cukup untuk menjadi pembimbing dirinya dan anak-anak. Dan dia langsung tidak mengesyaki akan tabiat suaminya.

Puas si isteri pujuk si suami untuk berubat dan bertaubat namun hanya sia-sia. Malah si suami semakin berani mengajak pasangannya tidur di rumah. Si isteri di suruh tidur dengan anak-anak. Kebaikan dan kesabaran si isteri tidak di hargai. Keadaan berlarutan sehingga setahun lamanya.

Akhirnya rahsia terbongkar bila Kakak si suami datang menziarah terkejut bukan kepalang bila mengetahui penderitaan adik iparnya. si kakak minta si adik membuat keputusan untuk melepaskan isterinya atau terus bergelumang dengan syurga dunianya.

Atas nama CINTA dan SAYANG kan suami. Si isteri meminta kakak iparnya merahsiakan perbuatan suaminya dan dia mengaku rela dan terima pasangan suaminya dengan terbuka. Dia tidak mahu anak-anak membesar tanpa bapanya. Namun si kakak tetapi dengan pendiriannya walaupun itu adiknya dia tidak akan sesekali bersubahat.

Akhirnya setelah campur tangan kedua keluarga si isteri di lepaskan suaminya. Namun demi menjaga maruah suami dan keluarga si isteri mengaku rumah tangganya tidak dapat di selamatkan kerana dia mahu kebebasan dan tiada persefahaman di antara mereka tanpa menyebut tentang perbuatan suaminya.

Selepas berpisah si isteri mendapat tawaran kerja kerajaan dan di tempatkan di Sabah dan anak-anak di bawah jagaannya. Si suami pula terus dengan syurga ciptaannya. Masih ada rasa CINTA utk bekas suaminya dan Berharap agar pintu hatinya terbuka untuk bertaubat.

*********




3 comments:

Sedih lah kan... Byk kali qila baca dekat surat khabar.
Suami ada pakwe lah. Ni lah tu lah. haih T_T
Kesian bini dia tau.....
Ada sekali tu punya lah bertahun kahwin T_T last sekali tahu jugak yg dia tu gay alahaiiiii sedih betul lah.

2 March 2014 at 17:21 comment-delete

Semoga si lelaki mendapat hidayah dariNya.
Walaupun dah terjebak, takpe masih selagi hidup selagi itulah pintu taubat masih terbuka.
Respect kat perempuan tu, memang dia TABAH.
Kalau saya, jangan harap dah rasanyer..
Errrkkkk...

2 March 2014 at 19:27 comment-delete

erkkkkk.
tak tahu nak kata ape

3 March 2014 at 00:02 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ