Punca Sebenar Buku Ultraman Diharamkan Kerana Menghina Islam
Punca buku Ultraman The Ultra Power diharamkan Malaysia. Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’ kerana ianya mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada 6 Mac 2014, warta larangan itu berkuat kuasa mulai 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan termasuk memiliki dan mengedar buku berkenaan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Fakta Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia
Mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
Menjejaskan keselamatan
Menggunakan ayat atau perkataan yang mengelirukan
Menggunakan perkataan “Allah” dalam Buku Ultraman Edisi Bahasa Melayu
Merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
Buku diharamkan berkuat-kuasa mulai 18 Februari 2014
Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan
Contoh Naskah Buku Ultraman The Ultra Power
Sumber: melvister.com
1 comments:
salah penerbitan...nasib baik ultraman x bersalah
Post a Comment