Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pesawat Hilang: Tentera Vietnam Kesan Tumpahan Minyak

Gambar Hiasan


HANOI 8 Mac - Pasukan tentera Vietnam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, mengesahkan penemuan tumpahan minyak di perairan Laut China Selatan dan telah menghantar dua buah bot ke lokasi dinyatakan.

Timbalan Ketua Turus Tenteranya, Vo Van Tuan memberitahu saluran televisyen tempatan, VTV, dua buah pesawatnya ternampak tumpahan minyak sepanjang 15 hingga 20 kilometer yang berhampiran antara satu sama lain.

Tumpahan minyak itu kemungkinan besar boleh memberi petunjuk kepada kehilangan pesawat MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, awal hari ini.

“Kami belum dapat memastikan sama ada tumpahan minyak itu berpunca daripada pesawat terbabit atau mana-mana kapal Vietnam yang melalui kawasan tersebut," katanya seperti yang dilaporkan AFP. - AFP



Pesawat C130 Singapura

Singapura Hantar Pesawat C130 Bantu Cari Pesawat MH370

SINGAPURA: Singapura menghantar sebuah pesawat C130 Hercules pada Sabtu untuk membantu misi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.

Pesawat MH370 itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, kata Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Pesawat berkenaan, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara Subang setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Terdahulu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menghubungi rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melalui telefon untuk menyampaikan perasaan simpati dan prihatinnya berhubung perkara itu. - BERNAMA

US Navy


Operasi Mencari Pesawat MH370 Babit Negara Luar – PM

SEPANG: Operasi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diteruskan dengan membabitkan negara yang berdekatan kawasan kejadian, termasuk bantuan negara luar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerjasama dengan negara tertentu amat diperlukan untuk memberi impak yang lebih bermakna kepada operasi itu.

“Oleh itu, kita telah mendapat persetujuan Vietnam yang akan melakukan operasi di kawasan perairan negara mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini, Sabtu.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku di sempadan Malaysia-Vietnam dan ada kemungkinan ia terlepas ke sempadan Vietnam, oleh itu kerjasama semua pihak amat diperlukan.

Perdana Menteri memaklumkan China juga akan turut membantu.

Katanya, Amerika Syarikat juga menghulur bantuan melalui ‘US Navy’ yang bersetuju menghantar pesawatnya dalam operasi itu manakala Singapura menghantar sebuah pesawat C130 bagi tujuan sama.

Sebanyak 15 buah pesawat iaitu 4 unit C130, 2 unit Bombardier, 2 Heli Agusta, 1 unit CN 235, 4 unit EC 725, 1 unit Beachcraft, 1 unit King Air manakala 6 buah kapal dari Tentera Laut DiRaja Malaysia, serta 3 buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerah dalam operasi ini.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. - BERNAMA


1 comments:

Moga bjaya.

10 March 2014 at 23:06 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ