Gempar!! Teresa Kok Disalam Dengan Telur Busuk??
Video Teresa kok Dapat Telur Busuk.
Malam tadi, Teresa Kok menerima pengajaran pertama.
Dia berceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh. Kira-kiranya dia berceramah di tempat selamatlah memandangkan Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar Ibrahim dan PKR. Mana mungkin orang UMNO atau Melayu yang membenci DAP berlegar-legar atau menunjukkan muka di kawasan berkenaan.
Apatah lagi, dia sendiri telah dikawal oleh Melayu-Melayu PKR yang sangat setia dan menyanjunginya.
Lebih kurang jam 11:30 malam, sesudah dia selesai memberikan ucapan, seorang lelaki Melayu telah mendatangi Teresa Kok dengan berpura-pura seperti hendak bersalam dengan YOWTAI itu. Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, di dalam tangan lelaki tersebut, terdapat sebiji telur tembelang.
Semasa dia bersalam dengan Teresa Kok, telur tembelang tersebut telah dipecahkan. Teresa Kok kaget dan terus menjerit bagaikan diserang histeria. Beberapa orang lelaki Melayu segera mengambil tempat untuk mengawal Teresa Kok. Manakala lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok tadi cuba melarikan diri.
Teresa Kok menjerit histeria dan memberitahu kononnya dia telah ditampar walaupun semua orang dapat melihat yang lelaki berkenaan sekadar bersalam tanpa satu das tamparan pun dihadiahkan ke muka Teresa Kok. Malah lelaki tersebut juga tidak menunjukkan tanda-tanda, mengacah atau mengancam mahu menampar Teresa Kok.
Lelaki yang tidak dikenali itu telah dikepung, dipukul dan dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak polis. Manakala Teresa Kok yang pucat lesi, menggeletar ketakutan dan hilang suara, tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali tangan yang berbau telur tembelang.
Sebelum itu, amaran telah diberikan oleh sebuah NGO Islam yang mengancam akan mengadakan bantahan dan akan berhimpun di Padang Taman Cermai, Permatang Pauh bermula jam 9:00 malam bagi membantah ceramah Teresa Kok.
Bagaimanapun, Teresa Kok yang cukup dikenali dengan kesombongan dan keangkuhan, enggan peduli dengan bantahan tersebut.
Cuma malang buat lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok dan memecahkan telur tembelang di telapak tangan Teresa Kok. Dia tidak memberikan sebarang kecederaan, sebaliknya dia pula yang telah dicederakan. - Sumber ASSU FB
0 comments:
Post a Comment