Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gempar! MB Selangor Derma Wang Gaji Kepada Tabung Warisan Anak Selangor

MB Selangor Derma Wang Gaji Kepada Tabung Warisan Anak Selangor


Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Selangor untuk memotong gaji kenaikkan sebagai MB Selangor yang diluluskan oleh Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor sebanyak RM15,074.85 sen diserahkan kepada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) setiap bulan.

Ertinya beliau tidak ambil satu sen pun duit gaji kenaikkan yang di luluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor sebulat suara tempoh hari. Bermakna sebahagian daripada gajinya didermakan.

MB Selangor Derma Wang Gaji Kepada Tabung Warisan Anak Selangor


Langkah Tan Sri Khalid ini sangat-sangat di alu-alukan oleh rakyat. Ida difahamkan Tan Sri Khalid bukan orang pertama yang berbuat demikian tetapi DYMM Sultan Johor dan kesemua anakanda baginda juga tidak pernah mengambil gaji atau elaun yang diperuntukkan kepada mereka, semua di dermakan kepada Yayasan Johor. Begitu juga dengan bekas MB Kelantan iaitu Tok Guru Nik Aziz juga pernah berbuat demikian di mana sebanyak RM2000 daripada gajinya didermakan setiap bulan. Tetapi perkara ini tidak pernah diwar-warkan kepada umum. 

Tapi yang pasti diluar negara sana, Presiden  Uruguay menyandang gelaran Presiden Paling Miskin Didunia  (klik sini) kerana 90% daripada gajinya didermakan kepada golongan miskin. 


2 comments:

walaupun lambat tahu, tetap nak ucap, wowwww. kagum!

3 March 2014 at 00:04 comment-delete

alhamdululillah..kan bagus kalau semua pemimpin berfikiran macam nie..

Regards,
-Strider-

3 March 2014 at 17:14 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ