Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ketua Polis Negara Seru Penyokong Anwar Bertenang

Ketua Polis Negara seru penyokong Anwar bertenang


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menyeru agar penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengadakan bantahan secara terbuka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menyabitkan Anwar bersalah.
Khalid menegaskan, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan sebarang demonstrasi mahupun perhimpunan besar-besaran membantah keputusan mahkamah tersebut kerana setiap bantahan seharusnya dilakukan di mahkamah.
"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia bertenang atas apa juga keputusan Mahkamah Rayuan, saya minta supaya tiada mana-mana pihak membuat himpunan membantah kerana ini proses perundangan yang dibuat melalui proses undang-undang kita.
"Apa juga bantahan perlu dibuat melalui mahkamah. Bantahan melalui jalan raya dan perhimpunan tidak dibenarkan sama sekali," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 apabila Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau pada 2012.
Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar.
Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan.
Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut.
Khalid turut berkata, PDRM juga telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan disebabkan keputusan tersebut.
Mahkamah turut kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Keputusan hari ini adalah sebulat suara dalam kalangan panel tiga hakim itu.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.
Dengan hukuman ini, masa depan politik Anwar hampir berakhir.
Beliau kini tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon pilihan raya kecil Kajang yang akan diadakan 23 Mac ini. – 7 Mac, 2014.


******************************


3 comments:

Artikel ini boleh komen pulak.

7 March 2014 at 23:03 comment-delete

hurmmmmm

7 March 2014 at 23:37 comment-delete

hmm.. heran kan.. nk dekat pilihan raya kecil, terus sabit bersalah..

8 March 2014 at 02:11 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ