Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



DS Anwar Ibrahim Sah Bersalah Dipenjara 5 Tahun Kerana Meliwat

DS Anwar Ibrahim Sah Bersalah Dipenjara 5 Tahun Kerana Meliwat


PUTRAJAYA 7 Mac 2014 -  Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, terhadap tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Korum yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.







************************

DS Anwar Ibrahim Dibenarkan Ikat Jamin RM10,000 Sementara Menunggu Rayuan Mahkamah Persekutuan



PUTRAJAYA 7 Mac - Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Akan tetapi, pihak mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Keputusan ini sekaligus menyebabkan beliau tidak layak dicalonkan sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan diadakan minggu hadapan.

Kerusi DUN Kajang kosong ekoran peletakan jawatan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu. Perletakan ini bagi membolehkan Anwar bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Sebelum itu, pada sesi perbicaraan, Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak peguam Anwar, peguam Anwar, Ramkarpal Singh sekadar memberi hujah pembelaan dari sudut teknikal tanpa memaparkan hujah yang membuktikan beliau tidak melakukan seks luar tabii tersebut.

Beliau juga menjelaskan, keraguan terhadap sampel itu hanya timbul berdasarkan keterangan ahli kimia yang dilantik pemimpin parti pembangkang tersebut semasa pembelaan.

Pihak mahkamah turut diberitahu profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur Saiful.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula berhujah pihak pendakwa gagal menjelaskan sumber DNA berkenaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.


**********************************


Tan Sri Shafee Berjaya Patahkan Hujah Peguam Anwar Berkaitan DNA KatanyaTerbiar Selama 13 Tahun pun Boleh Dikesan DNA.

Hujah peguam Anwar berkaitan dengan 12 sampel yang dianalisis untuk mengenalpasti DNA, dengan mendakwa bahawa sampel2 itu telah mengalami degradasi kerana telah berumur 96 jam daripada kejadian, selain dakwaan pembela, bahawa sampel2 itu telah diusik sebelum dianalisis jabatan kimia, akhirnya dengan mudah dipatahkan oleh Tan Sri Shafee Abdullah yang mengwakili Jabatan Peguam negara bagi kes Rayuan Pembebasan Anwar berkaitan sodomi II pada 9 Januari 2012.

Peguam terkenal itu memberi contoh, satu kejadian pembunuhan di Queensland, Australia pada tahun 1984, di mana mangsa dikuburkan pada sebuah kubur yang amat cetek tanpa ditimbus hanya ditutupi tuala merah. 13 tahun kemudian, apabila dianalisis maka terdapat kesan air mani dimana melalui kesan air mani itu tertangkapnya pelaku pembunuhan, dan telah dijatuhi hukuman bersalah. Kesimpulannya, bahawa mengetahui DNA tidak berkorelasi langsung dengan cara menyimpan atau lamanya air mani itu dianalisis.

Juga, Shafee mematah hujah peguam bela Anwar, yang seolah-olah menuduh bahawa DNA lelaki Y ditanam didubur mangsa, atau DNA ditanam semasa sampel berada di tangan Jude Perera; akan tetapi pembela tidak berhujah menyangkal bagaimana air mani lelaki Y boleh berada di dubur mangsa; sedangkan lelaki Y tidak pernah memberi sampel air maninya atau darahnya. Memang DNA boleh dikesan melalui kuku, rambut, air liur, akan tetapi air mani secara fizikalnya berada dalam dubur mangsa; ini lah hujah Shafee yang tidak dapat dijawab oleh peguambela Anwar.


Baca juga di sini

Laporan Penuh Transkrip Perbicaraan Kes Rayuan Liwat II Anwar


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ