Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ahli Parlimen Israel Gesa Tenteranya Membunuh Warga Palestin Beramai-ramai

Ayelet Shaked



Ahli Parlimen Israel membuat kenyataan menggesa kerajaannya melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan memberi alasan bahawa semua rakyat Palestin adalah musuh negara itu, lapor portal Harakah Daily.
Ayelet Shaked dari parti Ultra-Nationalist Jewish Home berkata serangan itu perlu dilakukan terutama kepada semua golongan ibu di negara itu bagi mencegah sebarang tindakan pengganas.

"Semua ibu rakyat Palestin yang melahirkan 'ular kecil' perlu disembelih. Mereka perlu mati dan rumah mereka perlu dirobohkan supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan pengganas.

"Mereka adalah musuh kita dan darah mereka mesti berada dalam tangan kita. Ini juga termasuk ibu-ibu bagi pengganas yang mati," kata Shaked di petik PressTV.

Kenyataan ahli parlimen Israel itu mengundang kritikan Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan yang membidas dasar Israel tiada beza dengan mentaliti Hitler.

"Seorang wanita Israel berkata ibu-ibu Palestine harus dibunuh juga. Dan dia adalah seorang ahli Parlimen Israel.
"Apakah perbezaan di antara mentaliti seperti ini dan Hitler?" soal Erdogan.

Susulan daripada serangan terbaru rejim Zionis, perdana menteri Turki itu mengutuk insiden itu dan mendakwa Israel membunuh beramai-ramai rakyat Palestin.

Serangan rejim Zionis ke atas Tebing Gaza sejak awal Ramadan lalu menyaksikan negara Yahudi itu dikutuk oleh pelbagai pihak.

Menurut agensi Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin, wanita dan kanak adalah paling ramai terkorban akibat daripada serangan Israel itu.


3 comments:

kasihan kanak2 dan wanita.

17 July 2014 at 18:30 comment-delete

tindakkan patut diambil kepada wanita yang mengeluarkan kenyataan yang tidak berperikemanusiaan ini...cekala punya zionis...

Regards,
-Strider-

17 July 2014 at 21:09 comment-delete

Allah ada...tunggu le

17 July 2014 at 22:21 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ