KUTUK DAN HINA PALESTIN, DATUK SITI NURHALIZA DIFITNAH
Petaling Jaya – Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak akan menghalalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama dan gambarnya dalam satu laman Facebook palsu, untuk mengutuk rakyat Palestin.
Facebook yang menggunapakai nama ‘Dato’ Siti Nurhaliza’ mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini diuji dengan serangan oleh Israel.
“Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.
“Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini,” tulisnya di laman Instagram miliknya pada pagi ini.
Akaun palsu tersebut melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Palestin dan menganggap ia merupakan perkara biasa yang dilalui masyarakat tersebut.
Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan rakyat negara ini tidak akan mengambil peduli dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.
“Nasib kau lah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli… Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut,” antara tulisan yang dimuat naik di akaun palsu itu pada malam Selasa lalu.
Bagaimanapun, pada perenggan kedua tersebut banyak menyindir kepada remaja Melayu yang leka dengan kesenangan yang dimiliki berbanding penduduk Palestin.
Antaranya mengenai anak Malaysia semuanya hebat dan mampu memiliki peralatan teknologi canggih serta mempunyai banyak masa untuk berselfie.
Sedar akan penipuan itu, pengikut Siti bertindak mengutuk individu yang cuba memburukkan nama penyanyi nombor satu negara itu.
Mereka mendesak agar Siti mengambil tindakan terhadap individu itu. - Suara TV
2 comments:
semoga dipermudahkan.....
Ramadhan bulan yang mulia..bulan umat..hargailah dengan perkara manfaat..
Post a Comment