Umat Islam di Norway Berpuasa Selama 21 JAM Sehari
Norway dipisahkan dari sebahagian besar negara-negara dunia Islam oleh benua yang sempurna, iaitu benua Eropah di bahagian selatan, dan di bahagian timur dipisahkan juga oleh benua lain iaitu benua Asia. Norway terletak di hujung utara Eropah, kurang lebih sama seperti negara-negara Skandinavia lainnya yang terletak di tepi Lingkaran Arktik.
Puasa yang jatuh pada musim panas boleh berlangsung lebih dari 19 jam sehari. Namun, untuk negara yang dijuluki negeri Viking ini, waktu berpuasa di Norway adalah jauh lebih panjang iaitu 20-21 jam!. Maha suci Allah yang memperjalankannya!
Hal ini akan menjadi pengalaman dalam menjalani waktu puasa terpanjang. Ini bermaksud, hampir sepanjang hari matahari akan tetap di langit Norway dan dipastikan hanya sedikit sekali waktu antara berbuka puasa , Isyak, bertarawikh dan sahur.
Apabila aktiviti ibadah Ramadan di Norway dihuraikan, akan terlihat jelas tentangan puasa di negeri Viking ini. Dari mulai waktu berbuka puasa sampai waktu sahur semua jeda waktu terasa singkat, walaupun demikian warga Muslim di Norway tetap melaksanakan aktiviti Ramadhan seperti biasa dan masjid-masjid yang ada di Stavanger dan Sandnes melaksanakan solat tarawih dengan 1 juzzzuk setiap 1 malam.
Bukan hanya tentangan rangkain waktu diatas yang terbilang singkat, pada musim panas suhu udara juga naik menjadi sekitar 25-31 darjah Celcius di siang hari. Hal ini mengakibatkan badan menjadi sangat kering kerana suhu udara yang tidak lembab. Tentu saja waktu siang yang panjang juga menjadi tantangan luar biasa untuk menunaikan ibadah puasa dengan baik.
MasyaAllah!
Sumber: billyinfo.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment