Badrul Hisham Berbasikal 15,000KM Demi Palestin.



Badrul Hisham, seorang pelajar Malaysia yang baru menghabiskan pendidikan peringkat sarjana dalam bidang kejuruteraan di Sheffiled University akan pulang ke Malaysia menggunakan sebuah basikal.

Misi ini bertujuan meraih kesedaran masyarakat tentang warga Palestin yang ditindas seterusnya menjadi pelarian dan gelandangan di beberapa tempat. Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan NGO di bawah Aqsa Syarif di UK, Israa Institution.

Perjalanan yang sejauh 15,000km itu akan mengambil masa selama 6 bulan dan akan melalui 15 buah negara. Ayuh, marilah kita menyumbang dengan cara yang kita mampu menurut keupayaan masing-masing. Semoga misi ini dipermudahkan. Nama misi ini  adalah 'Journey to Homeland' sebagai simbolik kepulangan rakyat Palestin ke tanah air mereka

Laporan: Aktivis Aqsa Syarif UK, Harith Abdul Raub.




0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ