Sabah (Satu Analisa) Percubaan Untuk Mematahkan ‘Kebangkitan Dari Timur’.
Kenapa sejak akhir ini Malaysia dilanda keributan kemasukan penceroboh sulu kedalam Negeri Sabah. Keributan ini telah banyak menimbulkan spekulasi yang cukup hebat. tetapi disebalik kejadian tersebut kadang kala kita lupa sebahagian daripada agenda yang tersembunyi yang dilakukan oleh tangan tangan ghaib diluar sana.
Adakah kita masih ingat dengan satu laporan yang dikeluarkan bahawa Kiram akan memohon bantuan USA didalam menangani kemelut isu di Sabah yang diciptakan oleh mereka sendiri.
Ini juga bersesuaian dengan The Washington Post bertajuk ‘Sultan of Sulu’ invasion of Borneo creates problems in Malaysia, Philippines bukan itu sahaja Inquirer Mindanao yang menyatakan bahawa beribu ribu Tausug kini sedang berlayar menunju ke Sabah untuk membantu kumpulan mereka yang telah tewas di tangan tentera Malaysia. Kenyataan ini dibuat oleh pihak MNLF yang diketuai oleh Nor Misuari.
Okey itu satu bahagian- Mari kita terserlahkan lagi persoalan, mengapakah boleh dikatakan. kesemua Negara Teluk yakni pada dasarnya penganutnya umat Islam menjadio sasaran kepada agenda asing.?
Pernah atu tidak anda membawa bahawa boleh dikatakan kesemua Negara Islam didalam dunia ini mempunyai “harta” yang amat penting didalam kehidupan manusia, Iaitu Minyak. Sumber ini lah yang telah menjadi rebutan bagi negara negara Yahudi dan Nasrani.
Cara terbaik untuk mendapatkannya ialah dengan membuat strategi yang didalangi oleh bangsa yang bakal dijajah untuk menwujudkan suasana yang tidak aman didalam negara tersebut.
Akhirnya campur tangan asing akan berlaku . ini lah yang telah terjadi di negara Teluk dan lihat bagaimana jatuhnya kerajaan Saddam hussien apabila rakyatnya termakan dengan propaganda yang dimainkan oleh USA.
Terdapat satu laporan mengenai sebuah kapal perang Amerika USS Guardian telah ‘terkandas’ di kawasan terumbu karang Tubbuhata di laut Sulu sejak sejak 17 Januari 2013, 24 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu.
Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
Perkara ini juga telah dapat dibuktikan juga bilamana kenyataan Kiram yang akan memohon bantuan USA dalam isu Sabah. Apakah hubungan Kiram dengan US http://us.dunia.news.viva.co.id/news/read/391822-sulu-minta-as-ikut-campur-selesaikan-sengketa-dengan-malaysia
Demikian ungkap mantan senator Filipina yang juga salah satu pewaris Kesultanan Sulu, Santanina Rasul, seperti dilansir Inquirer, Rabu 20 Februari 2013. Dia mengatakan, saat ini salah satu putranya di AS tengah menjajaki kemungkinan untuk meminta bantuan dari pemerintahan Barack Obama.
Bibit bibit pelawaan kepada agenda asing diatas nama PBB dan juga USA telah pun jelas diperkatakan Philippine Daily Inquirer dan dilaporkan oleh Tarra V. Quismundo Telah menyebut bahawa satu tindakan daripada PBB akan diambil sehubungan dengan krisis yang berlaku di Lahat Datu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah dipanggil untuk menamatkan keganasan di Sabah dan merayu diadakan dialog antara pihak yang terlibat secara aman menyelesaikan pertikaian.
Persoalannya kenapa? USA dan PBB?
Kenapa The Hidden Hand Berminat Dengan Sabah?
1. Amerika Syarikat mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara.
Selepas penutupan Clark Base dinegara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuclear (nuclear powered aircraft carrier).
Walaupun sekitar tahun lepas Filipina dikatakan mula membuka semula pangkalan tersebut untuk diduduki oleh tentera US, namun US merasakan Filipina bukanlah lokasi strategik untuk dijadikan pangkalan tentera.
(Masih ingat penghujung tahun lepas kapal perang canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada berlabuh di Sabah?Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya bukan sekadar ‘lawatan biasa’, besar kemungkinan Amerika telah menggunakan kesempatan lawatan itu untuk mengintip rahsia sulit pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk ‘covert operation’ Lahad Datu ketika ini)
Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah di Laut Cina Selatan.Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.Jarak diantara Sabah dan Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang berkaitan.
Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan besar yang tidak memungkinkan Amerika untuk mendirikan Naval Base mereka di Sabah kerana pada ketika ini, kerajaan Malaysia tidak akan sesekali membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.Ini adalah kerana banyak aset-aset penting Tentera Laut Diraja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM berpangkalan di Sepanggar.
Namun demikian, Amerika berkemungkinan akan dapat merealisasikan impian mereka jika kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh pada PRU13 nanti.Amerika/The Hidden Hand mempunyai ejen di Malaysia yang dapat membantu mereka (tanpa perlu memberikan nama- rasanya ramai boleh meneka siapakah ejen yang dimaksudkan ini).
Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada ejen/tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka.Ejen ini memang pandai berurusan dengan Amerika.Walaupun secara logiknya, soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai ‘mission impossible’, tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi…
2. Perebutan Untuk Penguasaan ‘Emas Hitam’ Laut Sulu
Emas Hitam yang dimaksudkan disini adalah minyak mentah/crude oil yang terdapat di dasar laut Sulu.Sabah sahaja dikatakan memiliki “simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari.”
Itu baru Sabah, belum lagi kawasan-kawasan lain yang belum diteroka di sekitar lautan Sulu yang luas.Berikut dipautkan beberapa link yang memperlihatkan beberapa kajian saintifik tentang kewujudan ‘emas hitam’ di sekitar lautan Sulu.Anda boleh melihatnya sendiri.
Lokasi pantai timur Sabah yang terletak berhadapan dengan laut Sulu, dilihat begitu strategik kepada US dalam merealisasikan impian mereka dalam menguasai sumber ‘emas hitam’ laut Sulu ini.Seperti yang diketahui umum, minyak mentah/crude oil, adalah salah satu sebab utama mengapa US melakukan ‘penjajahan terancang’ ke atas negara-negara Arab.Lihat saja apa yang berlaku dengan Iraq, Kuwait, dan yang terbaru Libya.Dan kini, adalah tidak mustahil jika mereka mula beralih arah ke kawasan yang mempunyai sumber lebih besar yang belum diteroka…
Menurut satu info, (tidak dapat dipastikan kebenaran info ini, sekadar perkongsian) pihak Amerika akan membawa masuk seramai 3000 orang guru kulit putih yang pandai berbahasa Tausug/Suluk ke Jolo, Sulu pada tahun ini.Tujuannya adalah untuk mengajar dan membangunkan Sulu, agar entiti ‘Kesultanan Sulu’ akan dapat dihidupkan semula.Ini adalah kerana, Amerika sebenarnya ingin mempergunakan Kesultanan Sulu ini agar mereka menghidupkan semula tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.Mengapa Sabah?Kerana reserve simpanan minyak di laut Sulu dikatakan menjangkau sehingga ke daerah Sandakan di Sabah.Maka dengan itu, Sandakan mesti diambil semula dan Kesultanan Sulu, akan dijadikan kambing hitam demi untuk mencapai matlamat keji Amerika/The Hidden Hand itu.
3. Percubaan Untuk Mematahkan ‘Kebangkitan Dari Timur’.
Kenapa kerajaan Filipina ketika ini dilihat seperti ‘menyokong sepenuhnya’ tindakan kerajaan Malaysia untuk memerangi para penceroboh yang ketika ini telah pun digelarkan sebagai pengganas ini?Pada pendapat aku, sebenarnya kerajaan Filipina ‘terlibat dibelakang tabir’ dalam kisah pencerobohan ini.Mereka sebenarnya hanya bermain wayang dengan kerajaan Malaysia.Kenapa?Biar aku jelaskan satu persatu kenapa aku berpendapat sedemikian.
1. Kerajaan Malaysia (Islam) & self-proclaimed ‘Kesultanan Sulu’ (Islam).Maknanya, apa yang berlaku ketika ini adalah ‘peperangan’ sesama Islam.Mereka ini (MNLF, MILF, SSDI, self-proclaimed Kesultanan Sulu, Muslim Mindanao) telah berperang selama berdekad lamanya dengan kerajaan Filipina.Atas sebab itulah, kerajaan kafir Filipina dengan tangan yang terbuka dan hati yang gembira, merasa amat ‘senang’ sekiranya
Malaysia dapat ‘membantu’ mereka untuk menangani musuh yang telah lama berperang dengan mereka ini.Kerajaan Filipina secara tidak langsung akan dapat ‘mencuci tangan’ dan berjaya memindahkan sedikit kebencian orang-orang Islam di Selatan Filipina ini kepada Malaysia diatas tindakan membunuh pengganas-pengganas kiram ini.
Walaupun pada awalnya Malaysia cuba untuk mengambil pendekatan ‘menarik rambut dari tepung’ dengan penceroboh-penceroboh ini atas dasar saudara seagama, namun rasanya tindakan berlembut kerajaan Malaysia terhadap geng kiram ini telahpun dijangka oleh Filipina.
Apa yang diperlukan oleh mereka adalah ‘pencetus/trigger’ dan akhirnya setelah 3 minggu pencerobohan geng kiram berlaku, akhirnya ‘bom jangka’ yang tersimpan sekian lama telah dicetuskan oleh geng pengganas kiram dan pertumpahan darah sesama Islam mula berlaku.
Siapa yang akan mendapat manfaat daripada pertumpahan darah ini?Sudah tentu salah satunya adalah kerajaan kafir Filipina serta golongan yang sentiasa ingin melihat umat Islam berpecah belah.
2. Kenapa Filipina ingin memindahkan kebencian masyarakat Islam Sulu kepada Malaysia?Malaysia sememangnya selama ini diketahui oleh Filipina sebagai pihak yang banyak membantu para pejuang Islam Sulu/Moro dalam peperangan mereka menentang pemerintahan kafir Filipina.
Terdapat banyak info yang mengatakan bahawa para pejuang Sulu/Moro ini sebenarnya dilatih oleh Malaysia di satu lokasi di Sabah suatu ketika dulu dan senjata yang digunakan oleh mereka dibekalkan oleh Allahyarham Muammar Gadafi, bekas presiden Libya yang telah dibunuh oleh Amerika.
Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda MNLF, telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mempunyai simpanan senjata di Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan kepada mereka melalui Malaysia (?).(Sila rujuk artikel INI dan INI untuk maklumat lanjut.)
Bila kesalahan dan kebencian ini dapat dipindahkan oleh Filipina kepada Malaysia, maka dengan sendirinya proses penyatuan umat Islam yang sedang giat diusahakan oleh para pejuang dan pendakwah Islam di akhir zaman ini akan mengalami kesukaran.
Perang saudara akan tercetus sesama Islam, dan ini akan membuatkan umat Islam menjadi semakin lemah.Puak kafir akan bertepuk tangan & bersorak gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam untuk berperang sesama sendiri.
Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina adalah negara/kawasan majoriti penduduk Islam terbesar yang terletak di benua ‘Timur’ ini.Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya telah menyatakan dengan jelas bahawasanya kebangkitan umat Islam di akhir zaman akan bermula dari ‘Timur’ dan ramai yang beranggapan bahawa ‘Timur’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah merujuk kepada salah sebuah lokasi/negara dikawasan Asia Tenggara ini.
Sabda Rasulullah SAW :
“Akan datang Panji-Panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”
“Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”
(Aku tidak akan mengulas lanjut mengenai Hadis Nabi mahupun pengkisahan mengenai kemunculan Panji-Panji Hitam & kedatangan Imam Mahdi ini.Kepada yang kurang mengetahui mengenai hal ini, anda disarankan untuk membuat kajian sendiri dan membaca artikel-artikel mengenai kisah ini di internet mahupun dengan guru-guru agama)
Sesungguhnya kerajaan kafir Filipina yang disokong oleh Amerika/The Hidden Hand sememangnya telah mengetahui tentang hal ini.Oleh sebab itulah, maka satu ‘black ops’ diperlukan oleh mereka untuk menggagalkan proses penyatuan dan kebangkitan semula umat Islam ini.
Mereka ini sebenarnya bersembunyi disebalik topeng dajjal mereka, kerana sesungguhnya Islam adalah ancaman yang sangat besar kepada mereka dalam menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan dunia ini sebagai syurga kepada hawa nafsu mereka.Walaupun begitu, sepintar manapun perancangan mereka, mereka tidak akan dapat mengalahkan perancangan Yang Maha Esa.
ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 :
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”
Kesimpulan
Berdasarkan analisis ini, aku meyakini satu perkara : bahawa sesungguhnya Amerika/The Hidden Hand melalui CIA adalah tok dalang sebenar dalam pencerobohan Lahad Datu ini.Cuma tidak dapat dipastikan secara jelas melalui pihak manakah operasi sulit mereka ini berjalan.
Ataupun adakah mereka juga sebenarnya melakukan ‘joint-operation’ sama seperti apa yang dilakukan oleh PDRM-ATM ketika ini?Adakah CIA, Kiram, kerajaan Filipina, Nur Misuari dan pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia bersekongkol dalam krisis pencerobohan kedaulatan Sabah ini? Aku tinggalkan persoalan itu kita fikirkan bersama…
Oleh rmf
Credit to: Tekok Beriuh.
Sumber
1 comments:
Nice finding
Post a Comment