Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Lambang Swastika Terbalik Nazi


Jika anda mengkaji lebih jauh,anda akan dapati Hitler juga mempunyai kultusnya sendiri iaitu The Black Sun.Lambang Swastika pada ajaran Veda dan Buddha melambang maksud-maksud positif namun Nazi telah menggunakannya dengan kedudukan terbalik,melambangkan 'The Dark Force'.Dan laporan pengkaji kultus The Black Sun mengatakan 'The Ascended Masters' ini juga ada mengunjungi para rahib kultus tersebut. SEBENARNYA PARTI NAZI DIASASKAN DI ATAS KULTUS SESAT DAN PENYEMBAHAN IBLIS.Cuba kaji kultus The Black Sun dan kerohanian sesat Parti Nazi.Parti Nazi dibiayai oleh pertubuhan mistik Thule Society dan ini ada kaitan dengan Rothschid sejak Hitler dikesan mempunyai hubungan darah dengan keluarga Rothschild.'Nazi Salute' diambil dari gaya dewa Rom dan lambang petir adalah lambang khas 'The Elite'.

SEBENARNYA JIKA KITA INGIN TAHU STRATEGI IBLIS UNTUK MENYESATKAN ANAK-ANAK ADAM,KITA KENA TAHU PERJALANAN SEJARAH 'THE ELITE'.Siapa guru-guru mereka dan bagaimana mereka berhubung dengan 'guru-guru' ini.

Sebenarnya ketika Iblis berjanji:

"Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Shaad ayat 82)

Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus," (Al-A'raaf ayat 16)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (AlHijr ayat 39)

Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."

(Al-Israa' ayat 62)

...,IBLIS TIDAK BERMAIN-MAIN DENGAN SUMPAHNYA.


Dari sini kita tahu modus operandi Iblis dan Syaitan yang jarang kita dengar-dengar.Bahawa Iblis telah menjelma dihadapan orang-orang yang dipilihnya kemudian mengajarkan sesuatu.Lihat,Iblis tidak muncul di depan orang-orang miskin di ghetto-ghetto sesak di Switzerland atau Mak Bedah di pekan Parit,Perak misalnya tetapi para penulis,cendekiawan dan orang-orang berpengaruh.Mereka dipilih kerana mampu mempengaruhi manusia dan menjalankan agenda 'The Dark Force'.Setiap orang-orang kaya The Elite menganut fahaman agama Iblis ini.Lucis Trust dibiayai oleh Rockefeller,dan memang Rockefeller yang mengawal Lucis Trust dan ajaran Theosofi ini.Dan Lucist Trust adalah organisasi di bawah UN atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Apa MAKSUD SEMUA INI?

Iblis mampu menjelma menjadi manusia,kerana dia mempunyai tenaga dalaman dan kemahiran yang handal.Maklumlah bekas Ketua Para Malaikat (The Ex-Chief of Archangels).Kita mungkin tidak menyangka strategi Iblis sejauh itu,muncul di depan orang yang ingin dipengaruhi,orang itu pula mempengaruhi orang lain sehingga kepada The Elite,dan The Elite ini pula malangnya terdiri dari bijakpandai sehingga sistem politik,sistem ekonomi,pendidikan,industri barangan dan makanan dunia dipelopori oleh proksi-proksi The Elite.Tiada satu pun rumah orang-orang Islam di dunia kecuali segelintir yang tidak menyimpan atau menggunakan barangan buatan The Elite.

Namun sekuat mana pun usaha The Elite dan Iblis,Allah Yang Maha Perkasa tetap mampu mengalahkan makhluk-makhluk lemah ciptaan-Nya ini.The Secret Doctrine tidak akan mampu melawan doktrin Allah Yang Maha Sempurna.Malah setiap hari Allah s.w.t akan menambah-nambah atau melemparkan pelbagai kekayaan dunia ke tubuh badan The Elite.Semakin hari semakin kaya.Sehingga mangkuk tandas pun diperbuat dari emas.Mereka telah diistidraj oleh Pencipta mereka sendiri.Setiap perancangan mereka dibuat seolah-olah mereka asyik berjaya sahaja dan berjalan lancar.Mereka diperdaya sehingga menjadi semakin sombong dan megah.Mereka berkata seolah-olah mereka Tuhan yang mampu mengawal manusia dan seluruh isi alam.Namun mereka tidak menyedari bahawa akhirnya 'guru-guru kerohanian' mereka itu akan berlepas diri dari mereka dan bersikap cuci tangan.Di akhir cerita,para The Elite yang bijakpandai ini akhirnya akan rasa tertipu,melebihi Tipah Tertipu dan mengalami sindrom kekecewaan yang teramat sangat kerana ditipu hidup-hidup oleh syaitan dan Iblis yang hodoh lagi bertaraf rendah berbanding manusia,sebaik-baik ciptaan.



“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”

(Surah al-Anfal, 8:48)

And (remember) when Shaitân (Satan) made their (evil) deeds seem fair to them and said, "No one of mankind can overcome you this Day (of the battle of Badr) and verily, I am your neighbour (for each and every help)." But when the two forces came in sight of each other, he ran away and said "Verily, I have nothing to do with you. Verily! I see what you see not. Verily! I fear Allâh for Allâh is Severe in punishment."
(Surah al-Anfal, 8:48)

-------------------------------------

Bibliografi:

The Secret Doctrine by H. P. Blavatsky

X-material under codename 'rainbowstar'

The Secret Book of Dzyan

MF Archive Royal Library

Al-Quran translated (rough translation) by Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali, Ph.D.
and Dr. Muhammad Muhsin Khan


Sumber Utama: Mistisfile Organization


1 comments:

nice sharing....

17 July 2014 at 18:09 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ