Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar Dan Video Warga Yahudi Israel Melihat Gaza Dibom Seperti Menonton Wayang




Sementara beberapa krew media antarabangsa mendapatkan tempat terbaik untuk melaporkan keadaan semasa yang berlaku di Gaza, beberapa penduduk haram Israel menjadikan tempat tersebut sebagai panggung wayang bagi menyaksikan kehancuran Gaza.






Apabila siren kedengaran, mereka berselindung di sebalik kenderaan krew media. Apabila matahari terbenam, mereka akan pulang dan akan datang semula pada esoknya.

Salah seorang daripada mereka berkata, "Jika Israel dapat kalahkan Hamas, saya akan bawa pembesar suara dan arak untuk raikannya. Biar penduduk Gaza dengar".

Pemandangan kontra terjadi di Semenanjung Gaza, Palestin dan padang pasir Negev, Israel. Dua wilayah ini bersempadan, tetapi warga Gaza bertarung nyawa sedangkan warga Negev sebaliknya menonton tragedi itu.

Situasi ini menggambarkan warga Israel sedang duduk-duduk di puncak bukit, menonton gempuran ke atas Gaza, dan bersorak saat bom-bom skala besar Israel menghentam wilayah Palestin tersebut. Mereka membawa kerusi-kerusi plastik di dua bukit di Sderot, untuk menyaksikan peristiwa pengeboman Gaza.

Jom saksikan rakaman video di bawah
(Tunggu beberapa saat untuk loading)




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ