Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KENAPA SERANGAN ISRAEL - PALESTIN KALI INI DINAMAKAN PERANG 10 RAMADHAN?



Peperangan yang berlaku pada tahun 2009 dinamakan sebagai Perang Al-Furqan, bermaksud peperangan yang membezakan kebenaran perjuangan rakyat Palestin dan kebatilan agenda Zionis.

Peperangan yang berlaku pada tahun 2012 dinamakan sebagai Perang Hijarah As-Sijjil, yang bermaksud batu-batu neraka untuk Zionis sebagai simbolik kepada roket-roket Al Qassam.

Peperangan yang berlaku kali ini dinamakan sebagai Perang 'Ashir min Ramadhan, atau Perang 10 Ramadhan, kerana serangan Al-Qassam ke atas Israel bermula pada 10 Ramadhan.

Nama Perang 10 Ramadhan ini sangat simbolik kepada perjuangan menentang Zionis. Pada 10 Ramadhan tahun 1973, tentera Mesir telah menyerang Barleve Line, barisan kubu tentera Zionis di sepanjang Terusan Suez seterusnya membebaskan Semenanjung Sinai (Saina') yang dijajah Israel dari Mesirpada tahun 1967.

Ketika Perang 10 Ramadhan tersebut, banyak keajaiban berlaku dalam membantu tentera muslim Mesir menentang tentera Yahudi Zionis termasuk mimpi seorang syeikh untuk menembak kubu Barleve dengan tembakan air bagi memusnahkannya. Tembok pasir yang dibina Israel tersebut sebelum itu 'kebal' kepada sebarang tembakan.

Perang 10 Ramadhan demi pembebasan Masjid Al-Aqsa dan seluruh Palestin!




1 comments:

subhanallah, perkongsian yg baik..:)

13 July 2014 at 14:36 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ