Petua Merawat Kencing Tak Lawas
Di bawah ni ada beberapa petua untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas.
1). Merawat Dengan Air Beras
Satu cara yang mudah adalah dengan meminum air dari basuhan beras yang bersih (basuhan yang ketiga) sebanyak satu gelas pada setiap hari selepas makan tengahari sehingga sembuh.
2). Merawat Dengan Air Nenas
Satu cara lagi adalah dengan meminum air nenas. Minum air nenas juga dikatakan boleh mencegah penyakit batu karang. Caranya ambil sebiji nenas yang kurang masak, bersihkan dan jadikan beberapa potongan. Kemudian ambil dua potong nenas dikisar bersama dua gelas air. Lepas tu tapis dan minum airnya. Amalkan meminum dengan dua kali sehari. Kesannya akan semakin pulih selepas dua minggu, inshaAllah.
3). Merawat Dengan Ural.
Cara paling mudah bolehlah pergi ke farmasi cari ubat dalam bungkusan hijau bernama URAL yang berharga lebih kurang RM1.20 atau RM1.50. Bancuh dalam air suam dan minum. Memang berkesan. Tetapi Ural hanya merawat untuk masalah kencing tidak lawas yang hanya datang sesekali. Jika anda mempunyai masalah tegar kencing tidak lawas seperti yang dijelaskan di artikel terdahulu di sini (klik) bolehlah mengamalkan cara no 1 dan no 2.
1 comments:
Input baru ni..alhamdulillah..
Post a Comment