Bukan Semua Kod E Mengandungi DNA Babi

Rasanya kebanyakan dari kita, memang dah biasa terdengar produk dengan Kod E tidak boleh dimakan kerana ianya mengandungi DNA Babi. Namun kenyataan ini telah disangkal oleh JAKIM. Beliau berkata tidak semua produk makanan yang mempunyai kod atau nombor 'E' mengandungi DNA Babi. Ianya selamat dan boleh digunakan tanpa was-was.


Apa Itu Kod E




Kod E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan selalu diguna pada label makanan di negara Kesatuan Eropah yang merujuk kepada bahan aditif.


Bahan Aditif mengikut nombor E:

E100 - E199 - Warna
E200 - E299 - Pengawet
E300 - E399 - Oksidan, Fosfat, Antioksida dan Pengawal Asid
E400 - E499 - Pemekat, Pelembap, Penstabil dan Emulsifier
E500 - E599 - Garam, Regulator Asid dan agen penghalang kerak
E600 - E699 - Penambah perisa
E900 - E999 - Pemanis dan bahan-bahan lain
E1000- E1999 - Bahan Kimia Tambahan

Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semula jadi, kimia dan haiwan. Inilah masalahnya kerana apabila melibatkan haiwan, kita semua pastinya tau lemak haiwan mana yang biasa digunakan sebagai pengawet untuk tahan lama serta memberikan kekenyalan yang maksima.


KOD E Di Senarai Dan Di Uji


Menurut JAKIM, syarikat-syarikat yang memohon untuk mendapatkan sijil HALAL perlu mengisytihar kesemua ramuan digunakan termasuk menyertakan dokumen kukuh mengenai status halal aditif yang digunakan dalam produk makanan mereka. Bahan ini akan diuji oleh pihak JAKIM untuk memastikan ianya benar-benar HALAL serta mengikut syariat yang dibenarkan.

Kalau dilihat pada proses untuk mendapatkan sijil HALAL memang sukar. Namun apabila kes-kes seumpama Cadbury berlaku, pasti ramai yang tertanya-tanya megapa DNA BAbi boleh terlepas pandang. Adakah ramuannnya tidak pernah diuji atau tidak diuji secara berkala?

Pihak JAKIM perlu memberikan penjelasan yang terperinci mengenai pencemaran ini supaya ianya menjadi pengajaran kepada semua.


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ