Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PANAS!!! Dyana Sofya Hanyalah Seorang Graduan Undang-Undang Dan BUKAN Seorang Peguam!!

Suara.tv – Ekoran pendedahan yang dilakukan oleh Suara.TV berhubung kelayakan calon DAP, Dyana Sofea sebagai seorang peguam, pihak kami menerima pelbagai maklum balas berhubung isu tersebut.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan menyelar tindakan Dyana itu.

Menurut Haezreena seseorang yang hanya memperolehi ijazah undang-undang dan tidak melaksanakan tugas hariannya sebagai peguam atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” katanya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang dan berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

“Pada saya sekiranya wakil calon yang tidak berterus terang berkenaan dengan professionnya secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannnya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

“Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukannya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesion guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam” katanya lagi.

Dyana sebelum ini mendakwa dirinya masih seorang peguam, namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik.

“Saya adalah peguam yang dilatih (lawyer by trining) atau dalam bahasa mudah di panggil non-practicing lawyer (dan) saya (seorang) peguam” ujarnya lagi.

Paling menarik pihak kami turut menerima maklumbalas dari seorang yang mendakwa sebagai rakan sekelas Dyana.

Menurutnya yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ira berkata, Dyana adalah seorang peguam sejak tahun 2010.

“Saya seorang peguam dan saya merupakan ex-class mate Dyana masa di UiTM dahulu.

“Dyana called to the bar pada tahun 2010 and i was there during her the ceremony” jelas Ira di ruangan komen.

Namun Dyana sebelum ini mengatakan dirinya menjadi Peguam pada tahun 2011.

Berikut adalah rakaman kenyataan Dyana ketika sidang media semalam.






Baca juga di sini:

Isu Berbikini, Dyana Sofya Tidak Gelabah








1 comments:

hehe kalau dia masih peguam, hairan juga nama dia tak tersenarai dalam senarai nama peguam di Majlis Peguam pun...pelik..Politik semuanya boleh

25 May 2014 at 15:30 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ