Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Festival Makan Burger Pada 7 Jun Di Petaling Jaya



Bagi peminat makanan jalanan seperti burger yang dijual di gerai mahupun tepi jalan, ayuh bawa bersama sahabat handai dan kaum keluarga anda ke pesta "I Eat Burgers" yang bakal berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya berhadapan di kompleks membeli-belah Amcorp Mall. 

Selain dapat menikmati hidangan burger yang lazat daripada 20 buah gerai burger terbaik, anda juga bakal disajikan dengan tayangan sebuah filem burger pendek daripada Festival Filem Makanan New York.


Pastinya pilihan burger terbaik yang dipilih oleh FriedChillies mampu membuatkan anda tidak keruan untuk memilih burger mana yang anda ingin rasai dan nikmati.

Antara yang bakal memeriahkan pesta ala Hari Kantin ini adalah Kaw Kaw Burger, myBurgerLab, Raja Burger dan banyak lagi.

Jom meriahkan karnival terbesar burger pertama di Malaysia ini yang akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 11 malam pada 7 Jun bersamaan hari Sabtu nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.friedchillies.com.




1 comments:

blh join klu dkt..hehe

29 May 2014 at 16:16 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ