Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



DOKUMEN RAHSIA INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR




Perkongsian dari facebook...

Punya lah banyak halangan dan cabaran utk mewujudkan hub - halal di Malaysia, di bawah kerajaan PR ( Selangor ) Senang2 je dia wujudkan Hub Babi .


DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR.
NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12)
NO MTES : 2/18/2009

KERTAS MESYUARAT EXCO MTES
daripada unit perancang ekonomi

CADANGAN KAEDAH PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK TUJUAN 'MODERN PIG FARMING' (MPF) DI MUKIM BATU, KUALA LANGAT.

1. TUJUAN
kertas mesyuarat ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan exco MTES berhubung cadangan kaedah pengambilan balik tanah bagi tujuan 'modern pig farming' (MPF) seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat.

2. LATAR BELAKANG

2.1 KEPUTUSAN MMKN 5/2009 BERTARIKH 11 FEBRUARI 2009

-meluluskan pengambilan balik tanah PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat dibawah seksyen 3(1) atau 3(1)(b) kanun tanah negara 1960 mengikut kesesuaian.

3. ULASAN PENGARAH TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR.

-ulasan yang berbahagia dato pengarah tanah dan galian negeri adalah seperti berikut.

-pengambilan tanah bagi tujuan modern pig farming (MPF) di mukim batu daerah kuala langat hendaklah mengikut akta pengambilan balik tanah 1960 (APT 1960)
-proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a) APT 1960 adalah tidak disokong memandangkan ppengambilan bagi projek tersebut tidak mengikuti kehendak seksyen tersebut iaitu bagi apa apa maksud awam.
-disyorkan proses pengambilan bagi projek tersebut dibuat dibawah seksyen 3(1)(b) APT 1960.

4. TINDAKAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI SELANGOR (MTES)
-exco MTES yang bersidang dipohon untuk menimbang dan meluluskan perkara berikut.

a) meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan tanah 1960.

b) task force MPF diminta menyatakan syarat kepada syarikat-syarikat yang berminat agar memasukkan kos pengambilan balik tanah didalam kertas cadangan masing-masing.

c)task force MPF diberi kuasa mengenalpasti individu yang mempunyai kepakaran didalam ternakan babi untuk dijemput sebagai panel penilai ke atas permohonan syarikat-syarikat yang berminat membangunkan MPF

d) pegawai daerah kuala langat akan meneruskan prosedur pengambilan balik tanah setelah kerajaan negeri memilih syarikat yang akan melaksanakan MPF.

5 SYARIKAT YANG BERMINAT MEMBANGUNKAN MODERN PIG FARM

1) PPAD INTERGRATED (M) SDN BHD
shah alam. tindakan mohd hanifah abdul latif

2)BEAUTY PROJECTS SDN BHD
batu caves. tindakan syed abdul jalil shah

3)INDUSTRIAL ENVIRONMENTAL ENGINEERING PTE LTD
singapura. tindakan tan keaw chong

4)CHOROEN PAKPHAND JAYA FARM (M) SDN BHD
pelabuhan klang. tindakan ng kui chong

5)NUMAC MACHINERY SDN BHD
petaling jaya. tindakan chong tim

KEPUTUSAN KERAJAAN SELANGOR PADA 1 JULAI 2009.

CABUTAN DARIPADA KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KE 22/2009 YANG DIADAKAN PADA 1 JULAI 2009 YANG TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE 23/2009 PADA 22 JULAI 2009.

5.3.4 KERTAS EXCO MTES NO :2/18/2009

cadangan kaedah pengambilan balik tanah untuk tujuan modern pig farm (MPF) di mukim batu daerah kuala langat.
daripada : seksyen sektoral UPEN

(R)508/12 jld. 3(12)
IPK SEL (R) 505 jld. 145 (10)

majlis mesyuarat kerajaan negeri telah menimbangkan dan bersetuju meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan balik tanah 1960 dan kos pengambilan dimasukkan dalam model kewangan syarikat seperti syor di para 6 kertas ringkasan.


4 comments:

biar btl???huhu

26 May 2014 at 17:02 comment-delete

aiyoh!! why>

26 May 2014 at 18:42 comment-delete

as salam. ladang babi ni mengakibatkan pencemaran alam sekitar n bau busuk. kalau nak buat pun biarlah di kwsan majoriti cina.
btw, abe kie dtg follow sini. #616. TQ

26 May 2014 at 19:24 comment-delete

Mana lbh trok, luluskan kandang babi dgn meluluskan pembinaan kilang arak, lesen disko, lesen judi, pembinaan casino dll. Jawapanya SAMA TROK. Fikirkan lah

26 May 2014 at 21:54 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ