Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar: Sultan Azlan Shah Dalam Kenangan



Almarhum Sultan Azlan Shah Dalam Kenangan




Mengimbau Kenangan. Almarhum Sultan Azlan Shah bermesra dengan adik Ng Ying Chau yang berusia tujuh bulan pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Mengimbau Kenangan. Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkenan menyampaikan 'angpow' kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kediaman Menteri Besar Perak.

Sultan Azlan Shah semasa menerima surat pelantikan sebagai Ketua Hakim Negara daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Jaafar di Istana Tetamu Kuala Lumpur pada 12 November 1982


Mengimbau Kenangan. Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah semasa menaiki Kereta Api Tanah Melayu di Kuala Lumpur


Terbukti Almarhum Sultan Azlan Shah sentiasa disenangi rakyat. Rakyat jelata melawat Almarhum ketika di IJN.


Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah disambut mesra oleh penuntut-penuntut perubatan ketika berangkat pada majlis perasmian Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di Ipoh.

Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkenan turun ke padang bertemu dengan para pemain selepas Malaysia berjaya menewaskan Pakistan pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah Ke-21 di Stadium Azlan Shah.


Mengimbau Kenangan. Almarhum Sultan Azlan Shah berkenan melakukan upacara melambung mula bola ketika pertemuan pasukan Perak dengan Taiwan selepas perasmian Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Indera Mulia, Ipoh.


Almarhum Sultan Azlan Shah membantu pasukan hoki lakukan terbaik di perlawanan. Penghormatan terbaik buat 'Bapa Hoki Malaysia


Mengimbau kembali zaman Almarhum Sultan Azlan Shah ketika menjadi Ketua Hakim Negara


Almarhum Sultan Azlan Shah bersama pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah di Taiping

Almarhum Sultan Azlan Shah bersama anak perempuannya, Raja Eleena ketika anaknya diterima masuk ke Majlis Peguam

Panel pemilih badan Persekutuan Hoki Malaysia, yang diketuai oleh Almarhum Sultan Azlan Shah, ketika di percubaan Sukan Asia pada tahun 1982

Kenangan lama ketika Almarhum Sultan Perak bersama cucu berusia 4 tahun Latiff bin Salleh mencuba Proton Saga 1.5.

Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang juga Canselor bagi Universiti Malaya (UM) menyampaikan anugerah doktor kehormat kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah berbual dengan pesakit autistik berusia 9 tahun Zakuan Hakimi (baju putih) semasa lawatannya ke Sekolah Semangat Maju (sekolah untuk kanak-kanak khas) di Kampung Tawas di Ipoh.

Mengimbau peristiwa ketika Sultan dan Raja-Raja Melayu menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-220 di Istana Negara. Ia telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Sultan Perak Azlan Shah. Bersama-sama dengan beliau adalah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.

Almarhum Sultan Azlan Shah berkongsi jenaka bersama Timbalan Menteri Kewangan Loke Yuen Yow semasa taklimat

Penglibatan Almarhum baginda sejak zaman persekolahan dan juga turut mewakili pasukan hoki Perak.

Almarhum Sultan Azlan Shah ketika muda


Mengimbas kembali upacara persanding DYMM Sultan Azlan Shah pada 9 Disember 1955




Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan akan sentiasa bersemadi di hati rakyat.


Baginda Sultan merupakan di antara contoh terbaik didalam institusi Diraja negara kita. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Almarhum.





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ