Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Chegu Bard Kena Gantung Keahlian PKR Gara-Gara Mengkritik Azmin Ali



28/5/2014: Gara-gara mengkritik penyandang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Chegu Bard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin telah digantung keahliannya.

Ia keputusan diambil dalam mesyuarat PKR yang dipengerusikan presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam yang akan menyiasat dakwaan terhadap Chegu Bard.

Chegu Bard yang menerajui Solidariti Anak Anak Muda Malaysia itu juga diberi surat tunjuk sebab oleh kepimpinan parti, kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan yang sama turut memberitahukan beberapa ahli yang digantung keahlian dua minggu lalu, telah dibebaskan, selepas di dapati tidak bersalah.

Sebelum itu, Chegu Bard yang dilihat penyokong kumpulan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar berani mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengenai proses pemilihan dan mengaitkannya dengan campur tangan Azmin.


Terdahulu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar memberi amaran kepadaahli-ahli PKR termasuk calon-calon Timbalan Presiden, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Azmin Ali supaya jangan melanggar tata etika parti tetapi Chegu Bard yang kena dulu.

Bagaimanapun, sama ada penggantungan keahlian Chegu Bard itu bersifat sementara atau tidak, sama-sama kita lihat.--MalaysiaGazette






0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ