Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



CALON DAP TELUK INTAN MAHU RAMD DI HAPUSKAN




Dyana Sofya satu nama yang kini sedang meniti di bibir rakyat Malaysia berikutan tindakannya menyertai DAP selain daripada pencalonannya sebagai calon Ahli Parlimen dalam PRK Teluk Intan. Kehadiran anak muda ini dalam dunia politik tanahair di lihat banyak pihak sebagai satu tindakan pelengkap kepada keperluan diri dan tidak lebih daripada itu.

Sebagai orang muda sudah semestinyalah keperluan untuk memiliki kerjaya seperti mana orang-orang lain menjadi satu keperluan apatah lagi persaingan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia pada hari ini tidak semudah satu ketika dulu.



Walaupun ada pihak yang menyatakan kemunculan Dyana dalam dunia politik negara kerana minat dan kefahaman beliau tentang ideologi serta perjuangan parti DAP, hakikatnya Dyana hanyalah seorang Pegawai Khas kepada Lim Kit Siang yang kini sedang di pacu untuk di jadikan ikon Melayu setelah Tunku Aziz bertindak meninggalkan parti tersebut.

Tidak di nafikan setiap daripada kita punya hak masing-masing untuk memilih rentak politik tetapi dalam isu Dyana beliau cuma sedikit beruntung apabila kemelut politik yang melanda parti DAP menyebabkan anak muda berbangsa Melayu ini di angkat sebegitu rupa.

Malah dalam beberapa insiden yang di laporkan oleh kebanyakkan media sejak medan PRK Teluk Intan di buka membuktikan betapa Dyana Sofya sebenarnya tidak benar-benar memahami inti-pati perjuangan DAP yang pernah melukakan jutaan jiwa umat Melayu dan Islam di tanahair satu ketika dulu.

Tindakan beliau di lihat sering kali di bayangi oleh pemimpin DAP dan kebanyakkan soalan-soalan yang di ajukan oleh wartawan dalam sidang medianya sendiri gagal di jawab malah di garap dengan baik.Ini membuktikan betapa ceteknya ilmu politik Dyana kerana minda dan jiwanya sudah di rompak oleh mereka-mereka yang kini sedang mempergunakan seorang lagi generasi pewaris Melayu dalam negara untuk kepentingan politik.

Di sebabkan itulah Dyana sering kali melakukan kesilapan demi kesilapan yang telah menyebabkan kredibiliti serta integritinya sebagai calon pemimpin rakyat di Teluk Intan terjejas teruk.

Kerana terlalu bergantung kepada dasar dan perjuangan DAP yang mahukan Malaysian Malaysia atau kesamarataan maka Dyana bukan sahaja sudah tersalah lorong tetapi sudah mengganggu tidur mereka-mereka yang selama ini berdiam diri.

Tindakan Dyana yang mahu melakukan perubahan dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) dengan mempertikaikan kenapa hanya mereka yang berbangsa Melayu sahaja yang berkhidmat dalam rejimen tersebut benar-benar membuktikan betapa dangkalnya pegawai khas Kit Siang ini.

Sama ada Kit Siang atau Dyana sendiri yang tidak peka dengan isu tersebut bukanlah persoalannya tetapi banyak pihak kini sudah mengaku bahawa Dyana Sofya bukan sahaja sudah hilang semangat Kemelayuannya tetapi sudah menjadi jasad tanpa roh bangsanya.

Sebagai anak Melayu dan mengaku terpelajar , Dyana sepetutnya membuat sedikit kaji selidik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang jelas memperlihatkan kebodohannya.

Malahan tindakannya yang mahukan supaya RAMD di anggotai oleh semua bangsa juga membuktikan pegawwai khas Kit Siang ini bukan sahaja buta sejarah tetapi gagal menelaah apa yang berlaku dalam pasukan tentera Malaysia sebenarnya.

Seperkara yang harus Dyana tahu dan rakyat harus melihat adalah kenyataan yang di lemparkan oleh Dyana itu turut menjadi bukti betapa perjuangan dan agenda DAP selama ini di penuhi dendam terhadap orang Melayu.

Mengapa RAMD yang menjadi isunya? Sedangkan hakikat sebenar pelbagai bangsa sebenarnya menganggotai pasukan bersenjata negara.Rejimen Askar Melayu Di Raja itu kekal dan wujud bukan sahaja kerana sejarah dan kecekalan orang-orang Melayu sewaktu mempertahankan tanahair daripada penjajah tetapi juga menjadi benteng kepada perlembagaan negara selain daripada mempertahankan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu.



Sebagai rakyat Malaysia, tindakan untuk menghapuskan Rejimen Askar Melayu Di Raja bererti menghapuskan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan dalam masa yang menentang Raja-Raja Melayu.

Jika itu berlaku maka sudah semestinya Dyana sedang menyusun gerakan untuk menentang orang-orang Melayu!

Sekiranya benar kenyataan tersebut apakah niat sebenar Dyana? Atau ada agenda tertentu daripada DAP di sebalik niat Dyana?

Sumber: www.utaranews.com



Nota: Walau apa pun isu kepincangan yang dibawa oleh Dyana, isu penipuan tentang maklumat diri dan ibunya, isu tidak bertudung, isu menolak hudud, isu bumiputera dan UiTM dan berbagai-bagai lagi, ramalan Ida... Dyana tetap akan menang di Teluk Intan.


2 comments:

DAP letak siapa pun yakin calon dia menang ..BN letak timbalan Menteri pun masih tak confident utk memang..

Regards,
-Strider-

30 May 2014 at 10:56 comment-delete

BN nampak tlampau takot sgt dgn Dyana sampai tpaksa fitnah Dyana scara besar2an.

30 May 2014 at 11:11 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ