Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Produk Coklat Cadbury Mungkin Tercemar?

Produk Coklat Cadbury Mungkin Tercemar



Produk Coklat Cadbury Mungkin Tercemar - Subramaniam


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat Cadbury, disebabkan pencemaran sepanjang rantaian proses pembuatan coklat berkenaan. Dua produk terbabit ialah coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya akan melawat dan memeriksa kilang pembuatan coklat berkenaan, minggu ini.

"Keputusannya hanya akan diketahui dalam beberapa bulan lagi kerana perlu melalui pelbagai proses dan prosedur," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan pertemuan dengan syarikat pengeluar coklat berkenaan serta kementerian terbabit untuk membincangkan lebih lanjut berhubung penghasilan produk itu.

Subramaniam berkata, siasatan kejadian itu dijalankan di bawah Akta Makanan 1983.

Sebelum ini dilaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung sijil halal terhadap dua produk coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan DNA babi dalam produknya.

Penemuan DNA itu dikesan oleh Kementerian Kesihatan, dalam produk coklat susu dengan kacang hazel dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula memaklumkan pihaknya mula menganalisa produk berkenaan pada 27 Februari lalu.

"Proses ini mengambil masa termasuk verifikasi dan pengesahan maklumat," katanya.


Nota: Ermmm tak payah la nak bela-bela lagi... rakyat hanya berharap agar kementerian kesihatan akan lebih kerap lagi membuat pemeriksaan mengejut seperti ini...



2 comments:

agak mustahil doran xtau tercemar...hilang dah kepercayaan...

27 May 2014 at 15:03 comment-delete

Kwn kerja kat kilang tu bgtau.. semua produk tu pttnya ditarik balik pasal gunakan mesin pengadun yg sama.. jakim yg ptt di saman..

27 May 2014 at 21:17 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ