SKMM Buru Individu Yang MengHina Kemangkatan Sultan Perak
Cyberjaya - 30/5/2014: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa individu menghina kemangkatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.
Pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, pihaknya mendapati beberapa individu dalam laman media sosial telah menghina Institusi Beraja, terutamanya berhubung kemangkatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah baru-baru ini.
"Kami sedang bertindak mengesan individu itu dan memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan untuk tampil memberikan maklumat berkenaan.
“Kami memandang serius penghinaan sebegini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
0 comments:
Post a Comment