HOT: Abby Abadi Diceraikan Melalui SMS??
29 Mei – Pelakon Abby Abadi enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi kemelut rumah tangganya tetapi mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 9 pagi ini.
"Maafkan saya, esok (hari ini) insyaAllah," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Terdahulu, Abby dikatakan telah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu, dan menurut sumber perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.
Kemelut rumah tangga Abby mula hangat diperkatakan berikutan statusnya di laman sosial Instagram yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, telah berkahwin dengan Farhan pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan. - Tupai.com.my
Baca juga di sini:
Baca juga di sini:
3 comments:
semoga mereka diberkati Allah.
Dugaan Allah dtg dgn berbagai2 cara. Moga Abby tabah.
jodoh xpanjang..redha la...
Post a Comment