Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kadar Obesiti Rakyat Malaysia Semakin Serius

Kadar Obesiti Rakyat Malaysia Semakin Serius


KUALA LUMPUR 29/3/2014 – Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.

Katanya, peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.

“Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.

“Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman,” katanya ketika merasmikan ’Bulan Nutrisi Malaysia’ (NMM) 2014 di sini hari ini.

Justeru, Dr Subramaniam berkata, rakyat perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan.

Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif bagi mengurangkan kalori dalam badan mereka. – BERNAMA


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ