Kartun Upin & Ipin Pula Dikaitkan Dengan Agenda Yahudi?
DUNIA hari ini bukan macam dunia yang penulis kenal semasa membesar dulu. Memang banyak kemajuan berbanding dulu, tapi cara orang kita berfikir pun dah makin karut dan 100% fiksyen, terutama bab nak buat fitnah.
Jika dulu, orang paksi kepada logik akal juga, waima dalam soal nak bawak mulut sekalipun, sekarang penulis tak nampak semua tu lagi. Asal boleh bikin heboh, buat sajalah.
Isu ini penulis tujukan kepada dakwaan terbaru bahawa watak kartun Upin & Ipin itu ada kaitan dengan Yahudi dan syarikat yang menerbitkannya ada menerima dana dari pertubuhan yang ada kaitan dengan Yahudi!! Entahlah, penulis pun tak pernah terfikir ke situ dan kalau pun betul ada kaitan dengan yahudi, so what? Apa masalahnya?
Nak kira yahudi sangat, buang sajalah semua gajet mudah alih yang ada dalam simpanan sebab teknologi mobil dan internet tanpa wayar ini, ada ‘hasil tangan’ orang-orang yahudi. Itu kalau nak tunjuk anti yahudi sangatlah kan.
Semua ni nampak bodohlah. Kalau pun cemburu tengok kawan tu berjaya, tak usahlah nak reka cipta benda yang tak masuk dek akal, dan kalau masuk akal sekalipun, remeh sangat.
Apa agenda yahudi yang boleh tersebar dari kartun tersebut, dan siapa pulak yang ambil serius pasal kartun? Kalau nak sebar agenda yahudilah umpamanya, ada banyak cara lain, apa kartun juga yang dipilih. Sudahlah tu bukan karya kartun yang setaraf rancangan kartun popular dan terkenal di seluruh dunia pun.
Mungkinlah ada cara, tapi macam mana nak beza agenda yahudi dengan agenda nak bagi orang ketawa serta berhibur tapi disalah tafsir sebagai agenda yahudi? Dengan teknologi semasa, ada banyak cara nak sebarkan agenda serta propaganda, kenapa mesti kartun?
Pendek kata semua ini tak masuk akal. Malangnya, ada juga sesetengah dari kita yang terlalu asyik dengan filem mengenai teori konspirasi, tertarik dengan cerita-cerita tak masuk akal macam ini.
Benda-benda macam ini mengingatkan dakwaan diculik makhluk asing yang kononnya sering berlaku di negara-negara barat. Ironinya, semua jalan cerita penculikan oleh mahkluk asing ini sama – dalam kenderaan, ketika sedang memandu berseorang. Siapa yang terfikir, kalau benar maklukh asing wujud, kenapa mereka nak mengembara jauh merentas alam semesta semata-mata nak curi satu orang?
Dakwaan mengaitkan Upin dam Ipin dengan yahudi ini sama jugaklah.
Ingatkan makin maju teknologi, makin matang cara orang berfikir, rupanya tidak juga.
Sumber: www.suaragenerasibaru.com
Baca juga di sini:
3 comments:
Senyum sambil tongkat dagu..
upin ipin pun kene jugak. haishh.. xlebih berfikir ni..
Tak mungkin la
Post a Comment