Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GEMPAR!! GADIS REMAJA 14 TAHUN DIROGOL BERAMAI-RAMAI OLEH 34 LELAKI DI KETEREH!


GADIS REMAJA 14 TAHUN DIROGOL BERGILIR-GILIR OLEH 34 LELAKI DI KETEREH
Gambar Hiasan


PASIR PUTEH - 26/5/2014: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Ketereh kerana telah di rogol secara beramai-ramai oleh 34 orang lelaki melayu di sebuah rumah di sini.

Pengadu telah dihantar ke hospital perubatan Kuala Krai untuk membuat pemeriksaan lanjut. Dan hasil awal rawatan didapati ada kesan koyakan teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang-ulang kali pada kemaluan mangsa.  Bersama-sama mangsa terdapat juga dua orang saksi yang merupakan rakannya. Kes disiasat di bawah Sek. 376 Kanun Kesiksaan.


Pembetulan: 

Bukan 34 orang tetapi seramai 38 orang lelaki melayu...

Baca di bawah adalah cerita selengkapnya

Kejadian dilaporkan berlaku pada 20 Mei lalu di sebuah rumah di Ketereh, Kelantan, pukul 7.30 malam.

Di bawah adalah ringkasan laporan polis mengenai kejadian berkenaan:


Ringkasan Kes

Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama Mira yang meminta tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah.

Pengadu hubungi rakan nama Iwan yang tinggal di Ketereh kerana pengadu tiada kenderaan. Iwan telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka berdua jumpa rakan Mira nama Alif di Ketereh.

Alif telah bawa pengadu dan Iwan ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada Mira dalam rumah tersebut.

Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan Iwan dan paksa mereka duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa Mira dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur.

Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.

Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal Iwan.

Iwan memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki.

Mira naik m/sikal bersama Alif dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak pulang ke rumah tetapi Iwan tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi keluarga pengadu. Iwan telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama Pok Wa.

Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak Pok Wa dan pada suatu hari, pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya, iaitu bapa saudara Pok Wa.

Pok Wa telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah Pok Wa sehingga 24/05/2014.

Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran.

Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji Panadol untuk cuci perut pengadu. Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan. Kemudian pengadu telah buat laporan polis.


6 comments:

sian nyer

27 May 2014 at 12:39 comment-delete

Ramai betul.. Tul kenduri tu.. Hrap sume laknat2 tu d tgkap scpt mgkin n hukuman ikt hukum hudud!!!

28 May 2014 at 04:44 comment-delete

btl ke ni?huhu

28 May 2014 at 14:22 comment-delete

Lelaki sekarang mmg giler..x belas langsung ..x fikir ke kalu benda ni kena kat adik2 atau anak diorg...gilerr semua nie...

29 May 2014 at 13:39 comment-delete

Lelaki sekarang mmg giler..x belas langsung ..x fikir ke kalu benda ni kena kat adik2 atau anak diorg...gilerr semua nie...

29 May 2014 at 13:39 comment-delete

mazlin

10 July 2021 at 07:20 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ