Kim Kardashian & Kanye West Akhirnya Berkahwin




PASANGAN - 25/5/2014: selebriti terkenal Kim Kardashian dan Kanye West akhirnya disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Florance, Itali pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Daily Mail, Kim mengenakan gaun mewah rekaan Givenchy dan diiringi oleh bapa tirinya, Bruce Jenner untuk diserahkan kepada Kanye sebelum upacara pernikahan bermula.

Seramai 600 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk bintang terkenal seperti Andrea Bocelli, Jayden Smith dan John Legend.

Peminat yang menunggu diluar kawasan majlis itu turut dapat merasai kemeriahan perkahwinan itu apabila beberapa das bunga api dilepaskan sejurus mereka selesai disatukan sebagai suami isteri.

Menurut sumber yang menyaksikan perkahwinan itu berkata, Kim dan Kanye kelihatan begitu gembira dan sering berpegangan tangan sepanjang acara itu berlangsung.

Penyanyi Andrea Bocelli turut menyampaikan beberapa buah lagu romantiknya pada majlis berkenaan diikuti John Legend dengan lagunya, All of Me.



2 comments:

Jgn lps 72 hari, dia minta cerai ;)

26 May 2014 at 13:20 comment-delete

tahniah..:)

26 May 2014 at 14:12 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ