ABBY DEDAH SMS TERAKHIR FARHAN MEMOHON MAAF

ABBY DEDAH SMS TERAKHIR FARHAN MEMOHON MAAF

ABBY DEDAH SMS TERAKHIR FARHAN MEMOHON MAAF



Abby Abadi hari ini mendedahkan sistem pesanan ringkas (sms) yang diterima dari bekas suaminya, Mohd Farhan Che Bakar, yang padanya cukup untuk membuktikan salah faham yang berlaku di kalangan media semalam.

Melalui sms tersebut, Abby menjelaskan Farhan memohon maaf atas kontroversi yang tercetus semalam kononnya mengatakan Abby mendera bekas suaminya itu.

"Saya xcakap saya didera xpe la maafkan saya.." kata Farhan sebagaimana yang dapat dipetik sebahagian dari sms yang didedahkan Abby itu.

Menurut Abby, kenyataan tersebut merupakan kenyataan terakhir yang dia lakukan bagi menafikan kontroversi yang mendakwa dirinya mendera Farhan sebelum ini. "Sebelum tu pd yg menghentam/ mencaci maki Sy ikut selera masing2 tu.. ni msg dr Farhan. Ini yg terakhir Sy nk jelaskan yg tiada berlaku penderaan ke atas dia ye… TIADA," jelas Abby di laman Instagramnya. Kami berharap tiada lagi sebarang salah faham yang berlaku melibatkan isu pasangan yang baru bercerai ini. Sewajarnya insiden ini memberi pengajaran dan mengandungi hikmah yang telah ditentukan Allah SWT. 


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ