Misteri MH370 : Terperangkap dalam Relung Masa (Episod ke-15)



Dari episod 14
Misteri MH370 : Apa yang Mahathir Tidak Tahu!


Salah satu sebab mengapa MH370 harus dikorbankan - adalah untuk mencipta "peluang" dan "akses" di rantau Asia Tenggara yang diramalkan bakal menjadi lubuk baharu ekonomi dunia dan yang lebih penting sebagai hub kebangkitan Islam yang mampu menggoncang dunia Barat. Perlu difahami di sini - bahawa takrif Barat terhadap maksud "Kebangkitan Islam" bukanlah seperti mana yang kita (umat Islam) fahami, jauh sama sekali. Bagi kita yang beriman kepada Allah, kebangkitan Islam itu membawa maksud bahawa dunia dan alam ini bakal diselubungi dengan keadilan, kemakmuran, keharmornian, ukhwah, tolak ansur dan membanteras kezaliman. Namun demikian, maksud tersebut tidak sampai kepada masyarakat Barat yang sudah sekian lama diprogramkan mindanya agar mempercayai bahawa kebangkitan Islam itu adalah menjurus kepada kemunculan "negara para pengganas atau terrorist" yang mana mereka ini akan membunuh masyarakat kafir, meruntuhkan bangunan-bangunan, mewujudkan huru-hara, menindas dan menzalimi masyarakat bukan Islam, bahkan Barat juga mentakrif bahawa "Kebangkitan Islam" adalah merujuk kepada "Kebangkitan Pengganas" - Barat tidak pernah melihat keindahan Islam, kerana menurut Barat, jika "Islam" diizinkan menerajui dunia, maka para penganutnya akan cenderung melakukan kezaliman dan penindasan. Maka, sebab itulah Barat sangat sensitif dan bimbang apabila kerajaan Brunei bertegas memperkenalkan hukum Hudud di negara tersebut.

Persepsi ini terbentuk sebahagiannya daripada sikap dan perbuatan umat Islam itu sendiri. Lihat sahaja cara umat Islam mentadbir di Afghanistan, Pakistan, Indonesia, Bangladesh, Algeria, Sudan, Libya dan lain-lain lagi, yang kadang kala apabila kita lihat, ia tidak mencerminkan cara kehidupan Islam yang sebenar. Umat Islam gemar bergaduh dan bermusuh sesama sendiri - gemar bersekongkol dengan musuh Allah untuk mengejar kuasa dan dunia, sanggup membunuh saudara Islam sendiri atas sebab-sebab yang rapuh, tidak mahu bersatu dan gopoh untuk mencapai kejayaan sehingga mudah bagi pihak musuh memperguna dan memperkudakan mereka. Kita selalu mengharap dan menginginkan kebangkitan Islam dalam erti kata sebenar - tetapi cara hidup dan pemikiran kita jauh daripada sunnah dan suruhan Allah.



Apabila Barat menyebut "Kebangkitan Islam" maksud mereka adalah "pengganas". Kita perlu memahami itu terlebih dahulu. Menurut Barat, mereka seolah-olah dibebankan dengan tanggungjawab bagi menghalang dan mencegah kebangkitan yang telah diramal akan berlaku ini. Dan apabila Rasulullah bersabda yang bermaksud, dari Abdullah R.A, dia berkata, "Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, "Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?" Maka baginda menjawab, "Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju." (Al-Hakim & Ibnu Majah). Barat sangat mempercayai hadis ini, dan mereka sebenarnya begitu serius dalam persiapan bagi menghadapi "tentera-tentera yang membawa panji hitam" yang mereka gelarkan sebagai "pengganas".




Seperti yang kita sedia maklum, terdapat begitu banyak hadis dan khabar daripada Rasulullah berhubung zaman kebangkitan Islam yang akan mula berlaku dari sebelah Timur. Bahkan, tidak kurang ramainya pihak yang berlumba-lumba mendakwa dan mengharapkan agar mereka termasuk dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah ini. Barat dan musuh Islam sememangnya sudah lama mengetahuinya .

Firman Allah yang bermaksud: “Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai iktibar/pengajaran)” (Ali Imran: 140). Manakala, Sayid Hasan Ali An Nadwi di dalam kitabnya berjudul Sababul Inhithat Al Muslimin pula memetik sabda Rasulullah yang bermaksud, “Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur.”

Berdasarkan maksud dua ayat di atas, Allah telah menggilirkan kejayaan dan kejatuhan suatu bangsa dari dulu hingga kini. Hasan al-Banna pernah mengatakan; “Kepemimpinan dunia dipegang secara bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat.” Sejarah telah membuktikan bahawa, kejayaan sesuatu bangsa telah digilirkan antara Timur dengan Barat, bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat), bangsa Farsi (Timur), Bangsa Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur), dan kini Amerika (Barat) yang sedang menurun pengaruh kekuasaannya hari demi hari. Jika diikuti susunan Timur-Barat ini, giliran bangsa yang bakal menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.


Allah berfirman yang bermaksud: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum atau selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan pertolongan Allah itu". (Ar Rum: 2-4). Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama Kristian dan Majusi. Tetapi Allah mengkhabarkan kepada orang mukmin tentang jadual yang mana keduanya akan kalah-mengalahkan antara satu sama lain, yang akhirnya hanya tinggal Rom sahaja yang berkuasa dengan pertolongan Allah jua.




Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang mukmin bergembira kerana bertepatan dengan perancangan Allah itu. Mereka juga yakin dengan pertolongan Allah kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah Allah menggilirkan kuasa bagi mengendalikan dunia kepada bangsa-bangsa yang telah ditakdirkan-Nya. Di dunia ini secara umum orang mengenal ada dua Timur, iaitu Timur Tengah dan Timur Jauh. Timur tengah sudah pernah mencapai kejayaannya yang dibawa oleh bangsa Arab dengan Islam. Sedangkan Timur Jauh belum pernah sama sekali mendapat giliran memimpin dunia. Sehingga tidak keterlaluan jika kita meyakini bahawa Timur yang dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah Timur Jauh. Lebih tepatnya gugusan kepulauan Melayu (Nusantara) khususnya Malaysia.

Jika melihat kedudukan jarak yang paling jauh dari arah timur mekah, Antara negara yang paling jauh adalah Malaysia, Indonesia dan Brunei. Maka, ia memungkinkan kebangkitan panji hitam ini datang dari arah sini. Mengikut hadis, kumpulan ini sentiasa berperang hinggalah ke akhir zaman. Fikirkan siapakah pejuang-pejuang Islam di Asia Tenggara yang masih lagi berjuang, mungkinkah pejuang Melayu Moro di Selatan Filipina yang berdekatan dengan Brunei yang hingga sekarang hidup dalam tekanan di bawah pemerintahan Kristian Filipina? Atau mungkin pejuang-pejuang Melayu Islam Patani Selatan Thailand yang hingga sekarang masih lagi sekarang anti-Islam dan menentang segala dakwah Islamiah di Selatan Thailand? Atau mungkin pejuang-pejuang Melayu Champa di Kemboja yang hidup dalam pentadbiran kuku besi kerajaan Myanmar?

Fikirkan jarak manakah yang paling jauh? Kelompok Melayu manakah yang sentiasa berperang dan tidak pernah kalah? Manakala, orang Melayu di Malaysia adalah antara yang terkaya di dunia, dengan hasil bumi yang melimpah ruah, makanan yang sentisa berlebihan, diberikan segala kemewahan, kemakmuran dan kesejahteraan, boleh beribadah dari pagi hingga ke malam di masjid, tidak ada siapa yang melarang, pakailah tudung, hingga menutup seluruh tubuh dengan jubah hitam, berpurdah, tidak ada siapa yang menentang hatta untuk masuk ke universiti pun diperbolehkan dengan pakaian seperti itu, asalkan mendapat keputusan yang cemerlang. Belajarlah ilmu agama dari pagi hingga ke malam dan berdakwahlah dari pagi ke malam tidak ada siapa yang akan melarang, carilah rezeki, bekerjalah dari pagi ke malam tidak ada siapa yang akan melarang, mandilah dari sungai-sungai dan air terjun yang sejuk dan segar seperti di syurga, kita dilimpahkan nikmat yang melimpah ruah, apakah tujuan kita diberikan nikmat ini daripada Allah?

Tidak terfikirkah kita bahawa semua ini bukanlah satu kebetulan? Mungkin Malaysia telah ditakdirkan oleh Allah terhindar daripada malapetaka dan bencana yang dahsyat agar kita menjadi negara yang mampu membantu saudara-saudara kita yang sedang ditindas dan dizalimi oleh pemerintah kafir mereka sendiri. Kita tidak tahu mungkin kaum yang membawa panji-panji hitam itu datangnya dalam kalangan saudara-saudara seIslam kita yang selama ini kita bantu dan lindungi. Mungkin itulah peranan Malaysia yang telah Allah tetapkan untuk kita di rantau ini. Maka, fikirkanlah kesusahan orang lain, sentiasalah memberi sumbangan kepada pejuang-pejuang Islam yang sentiasa berperang. Mereka berkemungkinan besar menjadi tentera panji-panji hitam yang akan berjuang menyelamatkan orang islam di seluruh dunia. Wallahualam.




Jika kita perhatikan secara jujur, hasil kajian sejarah, orang Melayu di Tanah Melayu yang berdaulat ini, merupakan antara bangsa yang tidak pernah dikalahkan walaupun diserang dari pelbagai sudut, peperangan demi peperangan daripada Portugis, Jepun, British, Komunis sehinggalah pencerobohan di Lahad Datu, ekonomi kita juga turut diserang oleh penyangak matawang - Soros, tidak terkecuali serangan akidah yang dipelopori oleh pihak kristian, syiah dan pelbagai ajaran sesat bagi tujuan memurtadkan orang Melayu-Islam, umat Islam di negara ini juga diserang dalam segenap saluran media elektronik dan televisyen, namun masih ada lagi insan-insan Melayu yang sukar dikalahkan. Sebaliknya, kita dapati, semakin hari Islam di Malaysia semakin berkembang dan terus bersinar. Jika kita perhalusi dan mengkaji lagi setelah Malaysia dijajah oleh penjajah saat itu yang salah satu misinya adalah untuk mengkafirkan umat Islam di seluruh Nusantara, tetapi ternyata umat Islam dia Asia Tenggara tidak dapat di musnahkan, malah semakin membesar. Hal ini tidak terjadi di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang pada mulanya Islam menjadi bukan Islam.

Lantaran itulah, kami melihat - bahawa kehilangan MH370 merupakan "respon" tidak rasmi AS dan Israel dalam melakukan tindakan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berpotensi untuk melahirkan tentangan terhadap keselamatan mereka. AS dan Israel mungkin telah bersetuju bahawa - Malaysia mungkin berpotensi menjadi sebuah negara "untuk para pejuang Islam berkumpul dan meningkatkan kekuatan" maka, Malaysia harus segera dicucuk hidungnya untuk dikawal dan dipantau dalam segenap sudut. Dan kehilangan misteri MH370 merupakan satu peluang bagi AS untuk mendapatkan akses yang lebih menyeluruh dari aspek profile pelancong, keselamatan penerbangan, maklumat rangkaian gerakan Islam, perkembangan, dasar dan pemerkasaan Islam di Malaysia, peranan di sebalik tadbir Malaysia sebagai negara yang banyak membantu negara-negara Islam di sekitarnya dan yang lebih penting AS mahu mengenalpasti tokoh Islam yang berpotensi untuk mengubah landskap politik Malaysia khasnya dan rantau Asia Tenggara umumnya.

Ikuti episod akan datang berjudul Misteri MH370 : Dilema Israel (Episod ke-16)


Sumber: azlishukri.blogspot.com


Baca juga di sini:

Misteri MH370 : Apa yang Mahathir Tidak Tahu! (Episod ke-14)





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ