Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Panas!! Farhan Buat Laporan Polis, Dakwa Pernah Dicakar & Dipukul Abby Abadi



Pelakon Abby Abadi disahkan bercerai talak satu dengan suaminya Muhammad Nor Farhan Che Bakar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai yang dibuat Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.

Bagaimanapun Farhan ketika ditemui memberitahu ada faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian tersebut.

Lelaki berusia 24 tahun itu mendakwa dirinya telah dicederakan oleh bekas anggota kumpulan Elite itu secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.

Menurut Farhan, bekas isterinya itu sering meminta wang malah dia akan dimarahi sekiranya tidak memberikan jumlah yang dikehendakinya.

“Saya telah dicakar… Malah dia juga kata saya tidak membawa apa-apa kepentingan dan faedah kepada dirinya untuk meneruskan hubungan sebagai suami isteri,” katanya kepada media sebaik sahaja selesai perbicaraan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Bagaimanapun, Farhan menyatakan dia telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

“Saya dah buat laporan polis… Ia untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya namun kes penceraian kami diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua belah pihak.” jelasnya.

Mengulas dakwaan mengenai kontroversi yang mengatakan dirinya sering keluar malam dan berkaroke, Farhan memberitahu khabar angin itu tidak tepat.

Selain itu, Farhan juga dengan tegas mengatakan dia tidak mungkin akan kembali bersama Abby kerana sudah tawar hati.

Pasangan ini bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Abby sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.


Baca juga di sini:

ABBY ABADI DIKECAM PEMINAT AKIBAT SEBAR GAMBAR FITNAH DALAM TWEETER







1 comments:

biar btl???huhu

12 June 2014 at 12:13 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ