Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KENANGAN TERINDAH! TAK SANGKA BLOG SCRIPTERS MASUK AKHBAR SINAR HARIAN

Seorang rakan blogger inbox Ida di facebook beritahu blog Ida masuk Sinar. Hati berdebar-debar dan takut. Apakah aku telah melakukan apa-apa kesalahan... apakah blog picisan aku ini telah menyentuh sensitiviti perkauman atau menyebarkan berita fitnah. Memang takut sangat. Ida cuba mencari di Sinar Harian Online tetapi tidak ketemu apa yang dicari. Akhirnya dengan muka yang malu dan takut Ida bertanya lagi kepada rakan blogger berkenaan tentang apa dan minta berikan link supaya mudah Ida melihatnya.





Ida pun cuba search atas tajuk Pejalar UPM tersebut.



TAK SANGKA BLOG SCRIPTERS MASUK AKHBAR SINAR HARIAN



Arghhhh lega rasanya apabila ketakutan Ida akhirnya beransur hilang apabila melihat perkara yang sebenar. Sungguh Ida tidak menyangka dan menduga bahawa berita 7 PELAJAR UPM DIPAKSA BOGEL OLEH PELAJAR SENIOR TRAUMA  menarik minat wartawan Sinar Harian yang berkaliber iaitu Nur Farhana Abdul Manan dijadikan sebagai rujukan. (klik sini)


Artikel ini telah diview sebanyak 27,352 kali


Sepatutnya Wartawan Sinar Harian tersebut tidak menjadikan blog Ida sebagai rujukan kerana blog Ida hanyalah blog  copy & paste dan nama blog asal ada tertera di bawah artikel iaitu www.utaranews.com .


Walaubagaimana pun Ida tetap berbangga dengannya dan ia akan menjadi kenangan yang terindah buat Ida sepanjang hampir setahun Ida berblog secara serius. (Bulan September baru genap setahun berblog secara serius).

Sebelum ini blog Ida pernah mendapat dua cemuhan dari dua orang rakan blogger popular (seorang lelaki dan seorang perempuan) yang juga merupakan rakan kenalan di facebook yang hampir-hampir mematikan semangat Ida untuk berblog. Kemudian kata-kata sindirian mereka mempengaruhi seorang dua rakan facebook Ida yang lain.

Ida cuba muhasabah diri, dan berlaku setenang mungkin dengan cara tidak memasuki akaun facebook selama beberapa hari kerana tidak mahu membaca sindiran mereka. Syukur alhamdulillah sehingga kehari ini dengan berkat kesabaran, blog picisan Ida telah mendapat 2 juta pageviews.



Terima kasih Ida ucapkan kepada rakan blogger yang tidak jemu-jemu singgah di blog ini, juga tidak lupa buat pembaca lain yang datang melalui facebook mahupun google. Kepada rakan-rakan blogger yang telah pun memenangi Top 5 Commentator bagi bulan April dan Mei, hadiah misteri untuk anda sedang dalam proses penghantaran. Mohon maaf atas kelewatan ini. Sekian terima kasih, sayang anda semua...




4 comments:

tingginya pageviews kak ida :O

Anonymous
10 June 2014 at 22:47 comment-delete

wawww..hebatnya!!
taniah2 ^_^
biakan mereka yang berkata..hehee
miza bangga dengan kak ida.. :DD

10 June 2014 at 23:16 comment-delete

Saya pun hari2 tgk awknye blog..nice info...cume baru terbuka utk comment..
Bg la info yg lg menarik utk dkongsi..

10 June 2014 at 23:49 comment-delete

tahniah ida..pageview yg tinggi..:)

11 June 2014 at 09:31 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ