Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Erin Malek Sahkan Akan Bertunang Minggu Depan

Erin Malek Sahkan Akan Tunang Minggu Depan



13 Jun – Pelakon Erin Malek mengesahkan dirinya bakal mengikat tali pertunangan bersama kekasih hatinya iaitu Farriz Fauzy yang dikenali menerusi laman sosial Instagram pada Sabtu depan bersamaan 21 Jun nanti.

Pemilik nama sebenar Nur Arina Abdul Malek, 20, memberitahu bahawa majlis tersebut diadakan bagi menghormati permintaan kedua ibu bapanya memandangkan dirinya merupakan anak sulung dalam keluarga.
Majlis yang akan diadakan secara sederhana itu akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, teman dan wakil media sahaja.

Sementara itu, pelakon filem "Awak Nak Kahwin Dengan Saya?" ini berkata dia akan mendedahkan segala butiran mengenai perkahwinannya termasuk tarikh nikah kepada pihak media.

"Masa majlis itu nanti tanyalah apa sahaja mengenai perancangan perkahwinan saya akan beritahu semua," katanya seperti yang dipetik dari sebuah portal hiburan.

Segala persiapan mengenai majlis pertunangan tersebut kebanyakannya diuruskan oleh ibu Erin yang teruja dan gembira kerana anak gadisnya bakal bertunang tidak lama lagi.

"Biasalah ibu paling sibuk dan gembira sekali dan mahu majlis itu berlangsung dengan penuh adat tetapi secara sederhana sahaja," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Erin kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama "Misiku Kuza" musim kedua sebelum mengambil cuti untuk majlis pertunangan itu nanti. - Tupai.com.my

Erin Malek Sahkan Akan Tunang Minggu Depan



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ