Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar Selena Gomez Sebagai Duta UNICEF Di Nepal

Gambar Selena Gomez Sebagai Duta UNICEF Di Nepal



MESKIPUN hubungan dengan Justin Bieber sekali lagi terkandas, rasa sedih Selena Gomes nampaknya tidak lama apabila dia sibuk dengan aktivitinya sebagai duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNICEF).

Menurut laporan Dailymail, Selena telah mengunjungi salah satu negara termiskin dunia, Nepal, menghabiskan waktunya bersama kanak-kanak di sana.

"Pertama kali melihat kanak-kanak ini, anda semua akan tahu kemiskinan yang menimpa mereka kerana hak-hak yang dirampas.

"Kemudian apabila bertemu dengan kanak-kanak ini mengatakan yang mereka akan menemui harapan dengan masa depan lebih cerah, mereka cukup gembira. Melihat mereka juga membuatkan saya bersyukur dan tidak patut mengeluh dengan masalah kecil yang timbul pada kehidupan harian kita.


"Saya bangga kerana dapat menjadi duta UNICEF membantu kanak-kanak di seluruh dunia," katanya.

Sebelum ini, Selena pernah mengunjungi kanak-kanak di Ghana dan Chili, Penyanyi berusia 21 tahun itu turut berharap agar kehadirannya sebagai duta UNICEF dapat mengubah kehidupan golongan susah.

















0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ