Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Raja Bahrin Nafi Muflis


Raja Bahrin Nafi Muflis

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bersama isterinya, Noryn Aziz


Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menafikan dakwaan kononnya beliau diisytiharkan muflis oleh sebuah mahkamah di Terengganu semalam seperti yang tersebar di internet.

“Saya tidak tahu menahu isu ini dan tidak pernah terima surat saman bank atau apa-apa daripada peguam pun. Jadi macam mana nak isytihar saya begitu? Kes apa? Bank mana? Projek apa?,” katanya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malam tadi.

Justeru katanya dakwaan tersebut tidak berasas kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau muflis.

Merujuk laporan Bernama, Raja Kamarul Bahrin berkata, beliau terkejut apabila mengetahui perkara itu dan hairan dengan motifnya apabila ia tersebar luas menerusi beberapa blog serta laman sosial hari ini seolah-olah mahu menjatuhkan maruah dan reputasinya.

“Insya-Allah saya akan buat PC (sidang akhbar) esok (hari ini) di parlimen,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Raja Kamarul Bahrin yang bertanding atas tiket PAS meraih 45,828 undi menewaskan calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong (35,043) dan calon bebas Maimun Yusof (182) dengan majoriti 10,785 undi. -

Sumber


1 comments:

ermm.. kita tunggu kebenarannya... :)

12 June 2014 at 11:13 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ