Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Anggota Trafik Tidak Bersalah Koyak Wang Sogokan

Anggota Trafik Tidak Bersalah Koyak Wang Sogokan



KUALA LUMPUR: Tindakan seorang anggota polis trafik mengoyak wang yang disogokkan kepadanya tidak dianggap sebagai kesalahan.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, perkara itu diputuskan selepas membuat rujukan perundangan.

"Saya sudah rujuk kepada pihak perundangan kami, tiada kesalahan yang dilakukan (anggota trafik).

"Kalau pemandu tidak puas hati dia boleh buat laporan polis, biar kita siasat kelakuan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'flag-off' konvoi bermotosikal program kesedaran dan keselamatan jalan raya anjuran pasukan Polis Trafik dengan kerjasama iM4U, di sini, Jumaat.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff.


Mohd Fuad mengulas mengenai gambar yang tersebar di laman sosial berhubung keengganan seorang anggota polis trafik menerima wang kertas RM20 yang disogokkan seorang pesalah trafik kepadanya.

Difahamkan, marah dengan tindakan merasuah itu, beliau telah bertindak mengoyak wang kertas berkenaan.

Mohd Fuad berkata, walaupun tindakan mengoyak wang dilihat tidak sepatutnya dilakukan, tetapi ia harus dilihat pada situasi dan masa.

"Pada saya anggota trafik tak sepatutnya melakukan tindakan mengoyak wang, tetapi bagi keadaan itu, bila ada orang memberi wang sogokan, ia boleh diterima.

"Pemandu boleh buat laporan, tetapi dia nak tulis apa dalam laporan...takut nanti laporan itu makan dirinya sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata, beliau sering mengingatkan pegawai dan anggota trafik supaya menolak dan memberi amaran kepada pemandu yang cuba memberikan wang sogokan.

"Jika pemandu berkeras juga mahu beri (wang), tak ada salahnya kalau mereka ditangkap, malah saya sendiri beri arahan supaya mereka ditangkap," katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan jika terdapat mana-mana anggota polis trafik yang cuba meminta wang sogokan daripada pesalah trafik. - mstar

Katanya, jika nama atau nombor pengenalan anggota trafik itu tidak dapat dikenalpasti, orang awam boleh membuat laporan dengan mengemukakan nombor kenderaan dan tempat kejadian.


1 comments:

Hehe...bagus mr polis ;)

14 June 2014 at 11:49 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ