Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



LANGIT DAN BUMI JUGA SEDIH DI ATAS PEMERGIAN IMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR




Subhanallah . . Ida terima gambar ni semalam.. . awan dengan hujan lebat turun bila hendak mulakan solat jenazah pagi semalam . . ramai yang hadir hairan . . sebab sebelum waktu nak solat cuaca cerah sangst . . tetiba jer mendung ... seolah-olah mahkluk yang di langit pun bersedih. Allahurabbi . . kita semua terasa kehilangannya . . Siapa yang pernah atau selalu bersolat di masjid besar ini pasti masih terasa dan terdengar suaranya mengimamkan solat setiap waktu  . . itu lah kelebihan orang yang dekat dengan Allah dan alquranNya . .



Profil Imam Besar Masjid Negeri Selangor



S.F. Ustaz Hj. Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin

(Imam Besar Masjid Negeri Selangor)

Tarikh Lahir       :

26 Disember 1974



Tempat Lahir     :

Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor


Pendidikan

1990     -

Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH)



1994     -

Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia)



1998     -

Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir)



2010     -

*Sedang menyempurnakan Master Syariah dan Pengurusan di KUIS



Pengalaman

·         Imam Masjid (1) Masjid Negeri Selangor

·         Imam Besar Masjid Negeri Selangor (hingga kini)

·         Guru Sekolah Agama Menengah Tinggi, Kuala Kubu Bharu

·         Pensyarah Jemputan Darul Quran Kuala Kubu Bharu

·         Pensyarah Jemputan UITM

·         Pensyarah Jemputan UNISEL

·         Tetamu Rancangan Tilawah Radio Selangor F.M.

·         Tetamu Rancangan Kalam Suci Oasis Astro

·         Tetamu Rancangan Tanyalah Ustaz TV9

·         Ahli Mesyuarat MAIS

·         Setiausaha Jawatankuasa Tahfiz Negeri Selangor

·         Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Negeri Selangor

·         Ahli Jawatankuasa Halal Negeri Selangor

·         Ahli Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor

·         Ahli Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor

·         Ahli Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor

·         Ahli Jawatankuasa Ithbat Hafazan Negeri Selangor

·         Hakim Majlis Ujian Tahfiz Peringkat Negeri Selangor

·         Hakim Marhaban / Berzanji Peringkat Kebangsaan (KEMAS)



Anugerah

·         Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 2001

·         Ahli Mahkota Selangor (AMS) 2009

·         Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2001 & 2009




Dibawah orang ramai datang menziarahi serta memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham... alfatihah









1 comments:

terasa sedih jugak..sebab kalau turun Shah Alam..selalu gak solat kat situ..

11 June 2014 at 11:52 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ