Terkini: Brunei Sahkan Tiada DNA Babi Dalam Cadbury





Selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tidak ada DNA babi (porcine) di dalam produk coklat Cadbury melalui ujian makmal, langkah yang sama turut diambil oleh pihak berkuasa agama kerajaan Brunei.

Sebagai negara yang banyak berkongsi dengan Malaysia, Brunei yang hampir kesemua penduduknya beragama Islam dan baru-baru ini menguatkuasakan undang-undang hudud juga tidak mahu rakyatnya berasa was-was berhubung status halal atau haram produk berkenaan.

Melalui satu kenyataan akhbar, Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei, memaklumkan pihaknya juga melakukan ujian makmal ke atas sampel dua jenis coklat keluaran Cadbury itu baru-baru ini dan turut mendapati tidak ada elemen DNA babi dalam coklat berkenaan.

“Keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati tiada DNA khinzir dikesan pada kedua-dua produk coklat Cadbury yang diuji,” kementerian berkenaan membuat pengesahan melalui kenyataan itu.

Sebelum itu, pada 25 Mei kementerian berkenaan mengeluarkan kenyataan menasihatkan umat Islam Brunei agar berhenti memakan produk keluaran Cadbury buat sementara sehingga pihaknya selesai menjalankan ujian bagi mengesahkan sama ada terdapat kandungan DNA babi di dalamnya, lapor sebuah portal berita negara itu, BruDirect.com, lapor bnbbc.my.




0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ