Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gelatin Babi Halal - Ustaz Kazim Sanggah Pendapat Dr Yusuf Al-Qaradawi Dan Dr Maza

Gelatin Babi Halal - Ustaz Kazim Sanggah Pendapat Dr Yusuf Al-Qaradawi Dan Dr Maza



Kuala Lumpur – Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias. Kemudian pendapat ulama tersohor tersebut di sokong oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Gelatin Babi Halal - Ustaz Kazim Sanggah Pendapat Dr Yusuf Al-Qaradawi Dan Dr Maza


Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

“Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah,” katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

“Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

“Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita,” tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah,” tegasnya.

Lepas ini kita tunggu  pendapat Ustaz Azhar Idrus pula ye..


Baca juga di sini:

Gelatin Haiwan Adalah Halal Termasuk Babi - Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi




1 comments:

Nice sharing

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ