Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Amerika Syarikat Jalankan Siasatan Terhadap Herbalife?




14/4/2014 - Pihak berkuasa AS menjalankan siasatan jenayah terhadap syarikat produk nutrisi dan penurunan berat badan Herbalife Ltd.,menurut laporan media Sabtu lalu.

Menurut satu sumber kepada The New York Times, kes itu telah disiasat sejak beberapa bulan lepas.

Akhbar itu menambah bahawa pegawai-pegawai yang dihubungi mereka berkata, pihak berkuasa berkemungkinan besar akan memilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap Herbalife.

The Times menulis bahawa siasatan itu dibuat bertumpu kepada model perniagaan jualan langsung Herbalife.

Sehubungan itu, ramai pihak termasuk pengurus dana perlindungan bertaraf bilionair Willaim Ackman berpendapat Herbalife mengedarkan produk susu kocak rendah lemak (diet shake), suplemen dan produk lain berkonsepkan skim piramid; suatu yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh syarikat itu.



Saham-saham dalam syarikat yang berpangkalan di Los Angeles itu telah jatuh mendadak sejak beberapa bulan lepas sejak tuduhan ini menjadi pengetahuan umum.

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan berkata ia telah melancarkan satu siasatan sivil terhadap Herbalife dan terbaru syarikat itu telah mendedahkan bahawa mereka sedang disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Bagaimanpun, Herbalife telah memberi respon terhadap kontroversi itu dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi Jumaat lalu dan menolak dakwaan syarikat itu sedang berada di bawah siasatan jenayah.

Menurut petikan rasmi Herbalife: “Kami tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Kehakiman atau FBI, dan kami tidak menerima sebarang permintaan rasmi mahupun tidak rasmi untuk maklumat sama ada daripada kedua-dua agensi tersebut.” – MYNEWSHUB


1 comments:

please jgn keluarkan berita yang tak penuh.kaji dulu proses yg sebenar,bnda2 mcm ni boleh undang salah faham

Anonymous
17 April 2014 at 09:49 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ