Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Benarkah Rakyat Sudah Bosan Dengan Misteri MH370?

Benarkah Rakyat Sudah Bosan Dengan Misteri MH370


Benarkah?

Dipanjangkan dari tulisan bradokapak yang popular dengan teori konspirasinya....

Semakin hari semakin kurang soalan dan berita berkenaan MH370. Sebab apa? Sebabnya orang dah merasa bosan dengan misteri kehilangan MH370 ini. Stesyen televisyen pun dah kurang membacakan Al-Fatihah. Rakyat dah semakin beralih perhatian daripada MH370.

Nantikanlah saat yang lebih dramatis selepas ini. MH370 telah berjaya dipentaskan dengan baik sekali dengan menarik jutaan perhatian seluruh dunia dan tiba-tiba ia senyap begitu sahaja. Sama seperti drama-drama yang telah dipentaskan pada tahun-tahun sebelum ini. Jadi, bagi mengalih perhatian rakyat terhadap perkara-perkara yang dijalankan/dilakukan oleh kerajaan, mereka pasti akan cipta satu drama yang baru kelak.

Kita nantikan dengan sabar drama yang bakal dipentaskan. Hidup ini bagaikan pentas lakonan. Siapa yang berlakon tak ikut skrip akan kena tendang dek tuan pengarah. Tuan pengarah yang baik takkan menendang sesuka hati, dia akan beri amaran terlebih dahulu sebelum menendang.

Yang pasti, Malaysia SUDAH pun masuk ke dalam New World Order (NWO) dan kita semua sudahpun menjadi sebahagian daripada percaturan US dan Zionis dalam usaha-usaha menjayakan pengakhiran NWO.
Pengakhiran NWO adalah suatu pengakhiran yang sarat dengan fitnah, waham, wahn dan juga pelbagai tipu daya. Kita semua sudah terpalit.... kita semua sudah tergadai. Kita semua sudahpun berada begitu hampir dengan kemuncak NWO dan juga kemuncak kejayaan Malaysia. Selepas kemuncak pastinya adanya kejatuhan....

Selepas masa kejatuhan itulah, baru adanya zaman kebangkitan.
WALLAHuA'lam.

Sekian.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.


1 comments:

setuju.. dah mula bosan..

16 April 2014 at 01:34 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ