Gambar PM Datuk Seri Najib Melawat Datuk Dr Haron Din Di IJN



KUALA LUMPUR – 12/4/2014: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin. – BERNAMA






1 comments:

Ukhwah..lillahitaala..amin..

13 April 2014 at 14:40 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ