Mahkamah Putuskan Wan Muhammad Azri Bukan Papa Gomo.



Lalu siapa Papa Gomo sebenarnya?

KOTA BHARU 16 April - Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini memutuskan Wan Muhammad Azri Wan Deris bukan pengendali laman blog Papa Gomo sepertimana yang didakwa sebelum ini.

Keputusan tersebut berikutan Peguam kepada Datuk Shukri Mohamed, Hisham Fauzi, gagal membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo dalam tuntutan saman RM10 juta terhadap defendan.

Ketika membacakan keputusan, mahkamah mendapati tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo malah keterangan saksi plaintif bukan satu bukti sahih yang boleh disahkan oleh mana-mana dokumen rasmi.

Mahkamah kemudiannya memutuskan Shukri membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada defendan.

Sebelum ini Shukri memfailkan saman terhadap Wan Azri yang dikatakan sebagai Papa Gomo berikutan terbitan artikel dalam blog bertajuk 'Ratusan Ribu Wang Lesap Disamun Penasihat Sultan Kelantan' beralamat di www.papagomo.com pada 4 Mei 2011.

Tuntutan Shukri juga meliputi arahan Wan Azri mengemukakan permohonan maaf secara terbuka termasuk mengiklankannya di akhbar berbahasa Melayu tempatan.



Nota: Haha macam lawak juga kan....tak pasal2 Wan Azri dapat duit poket 10 ribu.....




2 comments:

undang2 dunia boleh la ko lepas. nanti akhirat orang yang ko fitnah tuh.. ko cari la..

Anonymous
17 April 2014 at 11:25 comment-delete

Setuju.... undang2 manusia bole la lepas. Undang2 Allah sentiasa ada. Tak payah tunggu akhirat. Atas dunia ni pun akan dpt balasannya. Cepat atau lambat je

Anonymous
17 April 2014 at 21:36 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ