Misteri MH370 : Siang Tanpa Bayang di Moscov (Episod ke-7)



Dari episod
Misteri MH370 : Ramalan Terakhir Nostradamus! (Episod ke-6)


Israel secara telah menjalinkan kerjasama dengan China secara rasmi sejak 22 tahun lalu, ketika Yitzhak Rabin memimpin negara tersebut. Sejak daripada itu hubungan Israel-China semakin erat bemula era Shimon Peres menjadi Perdana Menteri Israel pada tahun 1995. Dasar hubungan ini diteruskan sehingga sekarang, dan pada 8 Mei 2013 - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke China. Dalam siri lawatannya ke Shanghai dan Beijing itu, beliau sempat menyatakan bahawa, Israel memandang China sebagai "kekuatan ekonomi dunia" manakala Israel pula dianggap sebagai pusat pengembangan teknologi dan inovasi.

Pada masa yang sama, Shimon Peres yang juga merupakan Presiden Israel dalam wawancaranya dengan akhbar Xinhua berkata China dan Israel perlu memperkukuhkan pertukaran individu dan memperluas kerjasama dalam bidang pertanian, ilmu pengetahuan, dan teknologi. Menurutnya lagi, “Saya sangat senang, karena diberi tahu oleh para pemimpin dari beberapa perusahaan China, bahwa mereka akan menghadiri persidangan forum tahunan presiden di Jarussalem bagi membincangkan isu-isu politik dan keamanan ekonomi,”. Beliau menambah, "Israel adalah sebuah makmal yang besar, karena kita kecil dalam wilayah, kita harus maju dalam ilmu pengetahuan," kata Peres. Untuk maklumat tambahan, Israel dan China mencatatkan hubungan bilateral rasmi pada 1992. Sehingga kini, nilai perdagangan keduanya meningkat daripada 50 juta AS ke 9.91 bilion AS pada tahun 2012.



Selain itu daripada itu, pelancong China ke Israel juga meningkat sebanyak 30% pada tahun 2013 dan perbelanjaan harian purata mereka ialah $286 dolar melebihi pelancong dari negara-negara lain. "Pembangunan pesat perdagangan, teknologi, pertukaran dua hala pertanian, membantu merealisasikan 30,000 perjalanan dari China ke Israel tahun lepas, kata Amir Halevi, Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan Israel." Manakala, Menteri Pelancongan Israel pula berkata, "Mengambil kira lebih 100 juta perjalanan luar negara yang dibuat oleh orang-orang Cina setiap tahun, kita melihat lebih banyak potensi dalam pertukaran pelancongan dua hala, kita sedang membuat persiapan untuk menerima lebih ramai pelawat Cina, menyediakan perkhidmatan pelancongan yang khusus dan merekrut lebih panduan untuk orang Cina." Matlamat Israel adalah untuk menarik 40,000 pelancong dari China pada tahun 2017 dan 100,000 pada tahun 2020. Semua ini menunjukkan hubungan China-Israel sememangnya kukuh.



Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Israel dan China sudah sekian lama meningkatkan hubungan dua hala - khusus dalam teknologi, sudah lama Israel mencari rakan baharu yang lebih kukuh, kerana AS semakin lemah. Di sisi lain - kumpulan pemikir yang diketuai oleh Henry Kissinger terus mendedahkan kepincangan AS dan keperluan Israel untuk mencari "teman" baharu yang lebih lunak mengikut telunjuk mereka. Seperti yang telah saya paparkan dalam helaian sebelum ini Henry Kissinger dan enam belas badan pemikirnya bersetuju bahawa dalam waktu dekat “Israel” akan tidak wujud lagi. The New York Post mengutip perkataan Kissinger yang berbunyi, “dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel”. Kenyataan Kissinger tersebut sangat mendatar dan tidak memiliki apa-apa petunjuk. Ia tidak mengatakan bahawa “Israel” dalam bahaya, tetapi menurutnya ia boleh diselamatkan jika trilion dolar ditambah dalam peruntukan ketenteraan AS bagi menghancurkan musuh-musuh Israel. Kissinger juga tidak mengatakan bahawa jika mengebom Iran, “Israel” mungkin dapat bertahan hidup. Beliau tidak menawarkan jalan keluar. Kissinger hanya menyatakan fakta : pada tahun 2022 “Israel” akan tidak wujud lagi.

Ada dua sebab utama mengapa Israel terpaksa meninggalkan AS, pertama kesedaran rakyat AS yang semakin meluat terhadap peranan dan campurtangan Israel dalam pentadbiran dan dasar-dasar AS. Pemberontakan secara konsisten ini berlaku secara terus-menerus dalam kalangan pemuda AS dan ia sangat membimbangkan dan sukar untuk dibendung. Kedua, ekonomi AS yang semakin lemah dan musuhnya yang semakin ramai, menyebabkan AS tidak lagi upaya membekal pelbagai keperluan untuk Israel. AS dikhabarkan lebih berminat dengan kaedah "keamanan" daripada cara Isreal yang lebih gemar kepada konfrontasi. Soalnya, apakah AS mampu terus hidup tanpa Israel? Israel dan AS saling melengkapi. Israel memerlukan AS atas dasar fasiliti yang cukup. Manakala AS memerlukan Israel atas dasar kesinambungan dananya.


Sekiranya China sudah bersedia dan mampu menyediakan ruang dan kelengkapan yang setandingan dengan AS dalam "melayan" Israel - maka mengapa tidak Israel bekerjasama dengan China bagi menguasai rantau Asia Pasifik, khususnya Asia Tenggara yang selama ini telah gagal dilaksanakan oleh AS. Israel tidak lagi sanggup menunggu lebih lama - tanggungjawab yang diberikannya kepada AS bagi menguasai Asia Tenggara semakin kelihatan gagal. Menurut AS, untuk menguasai rantau Asia mestilah menggunakan cara Asia. Orang Asia tidak dapat menerima cara Eropah, oleh yang demikian bagi menguasai rantau ini - pendekatan lemah lembut adalah dituntut. Israel telah memberi masa kepada AS untuk melaksanakan misi tersebut - kerana mereka percaya pendekatan kekerasan terhadap orang Asia akan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan.

Lebih sedekad lamanya AS menggunakan kaedah halus menguasai Asia Tenggara - tetapi nampaknya masih terus gagal - pasaran Eropah dan pergantungan AS terhadap minyak dari Asia Barat tidak mampu lagi bertahan, tambahan pula senario kebangkitan Islam dan kebencian bangsa Arab terhadap Yahudi sangat kuat sehingga Israel tidak mungkin akan selamat untuk selama-lamanya. Para pemilik modal ini - sudah acapkali menggunakan kaedah "lembut" bagi memujuk dan menundukkan negara-negara membangun di rantau Asia Tenggara ini agar mengikut telunjuk mereka, jika di Asia Barat - peperangan adalah modal untuk menambahkan keuntungan, strategi yang sama tidak boleh digunakan di Asia Tenggara - untuk menguasai rantau ini mereka mesti menggunakan "orang dalam" bagi mencapai maksud dan tujuan mereka.

Pada pertengahan tahun 1997 - Krisis Kewangan Asia sengaja dicipta dengan tujuan yang jelas, iaitu mereka mahu menukar rejim pentadbiran di negara-negara terpilih, termasuk Malaysia - namun demikian kita bersyukur, Malaysia masih selamat. Pertukaran rejim pemerintah sememangnya sebahagian daripada konspirasi terbesar AS dan Israel pada setiap masa, tujuannya adalah untuk memastikan negara tersebut mengikut 100% telunjuk mereka. Hampir semua negara di Asia Tenggara sudah menuruti cara dan kehendak AS dan Israel - kecuali Malaysia, dasarnya masih terikat dengan nilai-nilai faundamental Islam. Malaysia masih membenci Israel, masih kuat berprasangka buruk terhadap AS, masih ada jatidiri dan tidak mahu campurtangan asing, ekonominya masih dikawal oleh kerajaan pusat, Islam di Malaysia masih kuat dimartabat, bahkan Malaysia sangat komitmen membantu negara-negara Islam yang susah, demokrasi negara ini masih dipimpin dengan baik, dan kebebasan masyarakatnya tidak seperti yang diingini oleh Barat.


Hanya ada tiga sahaja negara Islam dalam Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Mereka sudah menjadikan Indonesia tidak lagi mampu untuk bersuara atas nama Islam. Tatkala Brunei meluluskan hukum Hudud untuk dilaksanakan di negaranya baru-baru ini - PBB melenting! Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) mendakwa bahawa undang-undang Islam itu mencabuli undang-undang antarabangsa. Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, “Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,”. Sambungnya lagi, "melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia."

Kebencian Barat terhadap Islam bukannya baharu - sudah lama. Mereka ada cara tersendiri bagi menguasai negara Islam di Asia Tenggara. Dahulu mereka cuba menguasai rantau ini dengan menjual istilah "dunia tanpa sempadan", kemudian mereka memperkenalkan pula globalisasi. Tidak cukup dengan semua senjata itu, mereka "serang" ekonomi Asia Tenggara melalui penyangak mata wang terkenal George Soros, namun kita masih boleh berdiri. Mereka kembali menyerang - menggunakan demokrasi dan proksi, menyalurkan dana agar rusuhan, kebencian dan kebangkitan rakyat dapat digunakan bagi mengangkat "wakil pemimpin" mereka di bumi bertuah ini. Ia masih tetap gagal - Allah tetap menyelamatkan negara ini.



Syaitan tidak pernah rasa penat untuk menghancurkan kebenaran - sekali lagi mereka datang kali ini dengan wajah baharu - mereka memperkenalkan GATT (Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan) tetapi gagal. Kemudian, mereka tubuh WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) dan APEC (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik)dalam kerangka menguasai pasaran ekonomi negara-negara kecil, namun kita masih bertahan. Mereka masih belum berpuas hati - maka lahirlah pula Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan yang terkini mereka menggelarkannya sebagai - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Semua mempunyai matlamat yang sama.

Walaupun semua kaedah "lembut" ini sudah dan sedang dilakukan oleh AS terhadap negara-negara di Asia Tenggara, namun ia masih belum memuaskan nafsu para pemilik modal antarabangsa ini. Menurut "mereka" cara ini terlalu lambat bagi mencapai tujuannya menguasai rantau ini, khususnya Malaysia. Politik Malaysia masih tetap stabil, rejim pentadbirannya pula masih tidak bertukar, manakala "orang harapan" mereka pula bakal dipenjarakan. Semua ini menggusarkan mereka, masa semakin suntuk, jika negara ini masih tidak tunduk sepenuhnya mengikut kehendak dan nafsu serakah mereka - maka tidaklah mustahil negara kecil yang degil ini pada satu masa dahulu - akan bangkit dengan bantuan China - membawa satu harapan kepada dunia Islam - nun jauh di sana, di Asia Tenggara ada sebuah negara kecil yang penduduknya komited terhadap Islam dan agama Muhammad itu berkembang dengan cukup subur bersama amalan serta ilmu - Dan "mereka" memilik hujah bahawa ada tanda-tanda Islam bangkit dari sana - dengan itu, sesuatu patut segera "dihilangkan".

Ikuti sambungan dalam siri akan datang berjudul, Misteri MH370 : Ayunan Timur Barat (Episod ke-8)


Sumber: azlishukri.blogspot.com



Baca juga di sini




0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ