Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Rakyat Malaysia Pertama Meninggal Akibat Sindrom Pernafasan Timur Tengah Coronavirus (MERS-CoV)

Sindrom Pernafasan Timur Tengah Coronavirus (MERS-CoV)



PUTRAJAYA –16/04/2014: Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang lelaki rakyat tempatan yang baharu pulang dari mengerjakan umrah pada 29 Mac lalu dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah Coronavirus (MERS-CoV).

Lelaki yang berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor itu tiba di Malaysia pada 29 Mac lalu selepas menunaikan umrah.

Dia meninggal dunia pada 13 April lalu selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail selama tiga hari, apabila mengadu menghidap demam, batuk dan sesak nafas.

Para penumpang yang menaiki pesawat Turkish Airlines penerbangan TK93 dan TK60 bagi laluan Jeddah-Istanbul-Kuala Lumpur pada 29 Mac lalu digesa menghubungi Kementerian Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

MERS-CoV mula dikesan di Timur Tengah pada 2012, tetapi penyelidik masih belum menentukan punca jangkitan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatkan 238 kes penyakit itu dan 92 kematian berkaitan MERS-CoV di seluruh dunia setakat ini.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ